Jumaat, 22 Oktober 2010

Meraikan Birthday Sahabat Kesayanganku



Bersama sahabatku yang sentiasa di sampingku.........ketika senang dan susah



Pada 3/10/2010, bersamaan hari ahad, pukul 3 petang, saya telah meraikan suatu sambutan ulang tahun kelahiran sahabatku salma ( kak ), ketika itu, aku bersama sahabatku yang lain ingin membuat surprise. Aku bersama sahabat yang lain berbincang dan bersetuju untuk menyediakan menu, dengan itu kami terus ke kompleks kajang dengan menaiki bas mini ( 66 ) yang tidak seberapa. Tetapi itulah hakikatnya pengangkutangku selama aku berada di bumi Universiri Kebangsaan Malaysia (UKM) selama empat tahun. Sekarang ni dah tahun akhir. Sekejap je. Hehehehe. Eh lupa nak cerita pasal sambut harijadi sahabatku, a,ah dengan itu aku terus masuk dalam kedai kek untuk mencari dan memilih kek kegemarannya. Selepas itu, aku dan sahabatku Bai dan Yah menerjah ke restoran satey Hj Samuri yang sangat terkenal dengan keenakannya di kajang. Oleh itu, aku terus menempah beberapa cucuk satey untuk dijadikan menu pada hari kejadian. Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami terus pulang dan ingin menjadikan sambutan itu menyeronokkan dengan membuatkan ianya surprise. Bila sahaja tiba di bilik, aku dan sahabat yang lain terus menyediakan menu. Banyak menu yang disediakan. Antaranya nasi dengan ulam, kek, coklat, makanan ringan dan banyak lagi. Kemudian kami menangkap gambar untuk dijadikan kenangan abadi.
Posted by Picasa

:::Slide Show Memori::::