PendidikanKu

 PERINGKAT AWAL SEHINGGA MENARA GADING

Pada tahun 1987, aku telah dilahirkan di Kampung Permatang Rambai yang terletak jauh dari bandar Pasir Puteh. Ketika umurku mencecah 6 tahun, ibuku Zabidah bt Mat Salleh telah menghantar aku di sekolah yang pertama iaitu Sekolah Tabika Kemas yang terletak di kampung Permatang Sungkai yang tidak jauh dari rumahku. Pada waktu itu, aku bersama sepupuku ingin belajar di tempat yang sama kerana tidak mahu berpisah. Ini merupakan Sekolah yang pertama.


           Seterusnya waktu umurku mencecah 7 tahun, aku bersama sepupuku telah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Seligi. Sekolah itu terletak dalam 3 kilometer dari rumahku. Aku selalu pergi bersama sepupuku iaitu Ain. Sekolah Seligi merupakan sekolah yang kedua, tetapi sekolah yang pertama untuk peringkat rendah. Aku belajar di sekolah itu sehingga darjah enam ( UPSR ).

           Kemudian sekolah ketigaku pula ialah sekolah Menengah Ugama Arab Diniah Permatang Rambai yang terletak tidak jauh dari rumahku. Aku selalu berbasikal ke sekolah dan kadang-kadang menaiki motosikal. Aku belajar di sekolah Arab Diniah lebih kurang 6 tahun bermula kelas peralihan sehingga tingkatan 5. Sekolah itu juga merupakan sekolah yang paling lama aku belajar berbanding dengan sekolah lain. Ini kerana pencapaianku semasa UPSR tidak memberangsangkan. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk belajar agama di sekolah itu. Semasa pembelajaranku di sekolah itu, aku sentiasa berfikir pada masa akan datang apakah aku boleh berjaya????????. Perasaanku sentiasa sedih kerana kawan-kawan yang lain sentiasa mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu, aku bersemangat dan ingin berlumba2 dalam menewaskan kawan-kawan. Alhamdulillah aku juga berjaya dalam peperiksaan SMU pada tahun 2004 dan SPM pada tahun 2005.

            Selepas SPM aku menyambung belajar di Sekolah Menengah Ugama Arab Khairiah, Padang Pak amat, Pasir Puteh Kelantan. Sekolah itu merupakan Sekolah keempat buatku. Sekolah itu terletak jauh sedikit dari rumah ku lebih kurang dalam 5 kilometer, akan tetapi aku ke sekolah menaiki motosikal. Aku belajar hanya 1 tahun sahaja di situ kerana ingin menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysi ( STAM ) 2006. Aku bertekad dan berazam agar dapat memesuki ke mana-mana menara gading. Dalam peperiksaan STAM, aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah aku dapat ditawarkan memasuki UKM dengan pendidikan ( PENDIDIKAN AL-QURAN ). Ketika itu, aku berasa sungguh gembira dan sangat gembira kerana dapat menyambung belajar di peringkat yang lebih tinggi.


           Sekarang aku belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Aku telah ditawarkan kos pendidikan ( PENDIDIKAN AL-QURAN ). Kini aku telah berada di tahun akhir dan akan menyiapkan Latihan Ilmiah.   

:::Slide Show Memori::::