Rabu, 2 Mac 2011

Jalan-Jalan



Hari ini aku jalan-jalan melihat suasana kolej Amin yang dah lama x tgk. Mcm mana yer agaknyo?Aku p tgk ada sarang burubg yang baru dibina.
Posted by Picasa

Ahad, 27 Februari 2011

Renungan

Hari minggu aku boring la, x tau nak wt pe
Aku rasa lebih baik aku hafaz al-Quran
Coz kawan-kawan semua balik kampung
Aku pun rasa nak balik gak
Nak balik jumpa nge mek tersayang
Anak saudara dan abang
X boleh balik la, aku x der duit dah
Huhu, kalau balik nanti nak balik cuti sem x boleh
Coz duit x cukup
Haha. Xleh ikut org
Aku dk kat bilik jer
Nak kuar malas la rasa
Mula2 igt nak p umah mak sedara kat Bangsar
Tapi malas nk g
X po la
Dk kat bilik jer. Jimat kos.Huhu
Aku pun malas nak p.k la
Amik Quran hafaz Quran jer
Lagi bagus
Hari isnin ni boleh p tasmik terus kat ustaz
Nak bagi habis semua juzuk 30 tu
Ada berapa surah jer lagi
Habis kan jer
Inilah pengirsian yang aku buat selama 2 hari
Sabtu dan ahad
Hari jumaat aku ada kelas
Tapi sayangnye, hari 2 aku p
Jumpa dgn student PIBA tahun 2 dia kata kelas x der
Rasa macam eiiiiiiiiiiiiiiiii
Malam 2 aku tido lewt dh
Ada perjumpaan cikit
Hehe. Ok

Isnin, 21 Februari 2011

Aku

Posted by Picasa

SMA Salak Tinggi Sepang



Ni masa aku bersama kawan aku ke SMA Salak Tinggi sepang. Tujuan pergi ke sana adalah untuk menemuramah seramai mungkin ustazah yang mengajar subjek pendidikan Islam untuk mengetahui sesuatu yang berkaitan dengan Penilaian pendidikan Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Ustazah yang sempat ditemubual adalah seramai 3 orang. Ni la antaranya. Jadi saya dan rakan-rakan bergambar dengan ustazah sebagai bukti kami menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Dato' Dr Halim Tamuri di bawah kursus Kurikulum Penilaian Pendidikan Islam. Kumpulan kami diamanhkan untuk menemubual ustazah-ustazah yang mengajar pendidikan Islam dan perlu menyediakan bank soalan sebanyak 3 set. Semester last ini mungkin banyak memberi pengajaran kepada kami.
Posted by Picasa

Anak Saudaraku



Aku telah memperolehi seorang anak saudara lelaki. Namanya Ahmad Fauzan Firdaus bin Mohd Luqman Hakim. Kini usianya baru mencecah 5 bulan lebih. Aku suka sangat kerana baru mendapat anak saudara yang pertama. Hasil dari perkahwinan abangku bersama kak iparku lebih kurang s1 tahun lebih.
Posted by Picasa

Sabtu, 19 Februari 2011

Pantai PCB

Posted by Picasa

Pengalamanku bermain bowling



Aktiviti yang dilakukan semasa cuti pertengahan semester baru-baru ini aku bersama adik dan sahabatku kesayanganku telah bermain bowling di K.B MALL Kelantan. Masa ini kali pertamaku untuk mencuba bermain bowling ini.
Posted by Picasa

Selasa, 15 Februari 2011

Jumaat, 11 Februari 2011

Pengisian aktiviti sewaktu cuti pertengahan semester

Aku mula cuti pertengahan semester pada 28/1/2011. Tetapi hari itu aku masih lagi ada kelas KPPI iaitu kelas kurikulum Penilaian Pendidikan Islam. Namun, aku balik kampung pada malam itu selepas kelas. Rentetan itu, ada juga pasar malam di hentian kajang yang menyebabkan hatiku sangat gembira dan aku singgah di pasar malam untuk membeli sedikit makanan untuk dijadikan bekal semasa perjalananku pulang ke kampung. Tiba sahaja di dalam bas, aku terus tertidur disebabkan keletihan yang melanda diriku. Pada keesokan harinya, iaitu hari sabtu merupakan hari pertamaku sewaktu cuti ini. Jadi aku berbual-bual bersama bondaku yang tercinta disebabkan masa yang lama untuk berjumpa, maka aku berbual habis-habisan meluahkan kasih sayang. Pada hari itu juga, aku menghantar sahabat karibku yang selalu aku sayangi ke rumahnya di kampung Semerak Pasir Puteh Kelantan.


Hari kedua : Pada hari berikutnya, aku bersama adikku ke rumah penggawa daerah Bukit Abal untuk meminta pengesahan pendapatan ibuku. Selepas itu, aku bersamanya terus ke Taska Ku Nilam yang terletak di Pasir Puteh untuk menemami adikku mencari tempat yang dia bakal menjalani ROS pada bulan 5 nanti. Hari itu aku terasa letih sedikit kerana banyak aktiviti yang dijalankan untuk kepentingan bersama. Walaubagaimanapun, aku terpaksa berbuat demikian kerana itu merupakan tugas dan tanggungjawabku yang mesti dilaksanakan.


Hari Ketiga : Hari ini adalah hari yang paling ku gembira kerana dapat menghilangkan kebosanan. Pagi-pagi lagi aku pergi ke Semerak untuk menjemput sahabatku ke rumahku dengan menunggang motosikal. Tidak beberapa lama kemudian, aku, sahabatku dan adikku dijemput oleh seseorang untuk shopping di K.B MALL semata-mata untuk menghilangkan kebosanan. Namun, aku ingin mencuba bermain bowling bersama-sama mereka. Aku sangat gembira kerana 1st time dapat main bowling. Selepas itu, aku berempat bertolak ke Pantai Cahaya Bulan PCB untuk menghirup udara yang nyaman.


Hari Seterusnya : Hari seterusnya sehingga balik ke UKM, aku full dengan walimatul urus sama ada jiran, waris, kawan dan sesiapa sahaja yang menjemputku.

Sabtu, 22 Januari 2011

Refleksi Kendiri

Baru-baru ini aku bersama sahabatku dan sepupuku telah pergi bersiar-siar ke Alamanda yang terletak di Putrajaya. Aku telah bertolak ke sana kira-kira jam 1.3o petang kerana menunggu sepupuku yang ingin menjemptku ke sana. Aku telah membawa bekalan makanan sebanyak mungkin iaitu bubur, nasi lemak, spageti, buah-buahan dan banyak lagi. Selepas makan, aku pun ingin menangkap gambar-gambar di tempat yang menarik seperti di tepi tasik, di masjid besi, istana kehakiman dan banyak lagi tempat yang menarik yang boleh dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran.

Jumaat, 21 Januari 2011

Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa
Posted by Picasa

Masjid Besi

Posted by Picasa
Posted by Picasa

Istana Kehakiman

Posted by Picasa
Posted by Picasa

Bersa Sahabat & Sepupu

Posted by Picasa
Posted by Picasa

Di Tepi Tasik

Bersama Kak Nor

Posted by Picasa

Kat Depan Masjid

Posted by Picasa

:::Slide Show Memori::::