Keluargaku

Assalamualaikum..................

KISAH SEJARAH HIDUPKU................................

Aku diberi nama Siti Nur Hafizah bt Mat Yaacob, tinggal di kampung Permatang rambai.Aku tinggal bersama ibuku dan 2 orang adik. Aku adalah anak kedua daripada 4 orang adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan.  Nama ibuku Zabidah bt Mat Salleh dan aku mempunyai 2 orang adik. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Adik lelakiku bernama Ahmad Taufiq bin Mat Yaacob, manakala adik perempuanku Siti Nur Hidayah Bt Mat Yaacob. Kedua-kedua adikku ini masih bersekolah. Taufiq belajar di Sekolah Maahad Lelaki Kota Bharu Kelantan, manakala adik perempuanku pula sedang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi ( UPSI ) Tanjung Malim.


             Tidak lupa juga aku mempunyai seorang abang. Abang kesayanganku bernama Mohd Luqman al- Hakim, dan sekarang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak yang bernama Fauzan. Anak saudaraku ini masih kecil dan baru sahaja dilahirkan. Dia berumur lebih kurang 2 bulan. Manakala kakak iparku pula adalah Norlaili bt Abd Manaf. Dia seorang yang baik.


             Untuk pengetahuan semua yang membaca blog peribadiku ini, aku adalah seorang anak yang tidak mempunyai ayah. Dan kini aku tinggal bersama ibuku. Aku sangat menyayangi ibuku kerana dia sentiasa menjaga, mendidik dan mengasuhku. Ibuku sentiasa mengambil berat kepadaku apabila menjelang musim peperiksaan, ibuku sentiasa memberi semangat walaupun sekarang aku dah matang. Akan tetapi, aku sangat menyayangi juga adik beradik yang lain kerana sentiasa memberi sokongan dan semangat untuk belajar sehinggalah sekarang.


              Ayahku telah meninggal dunia pada tahun 2004 ( 1/1/2004 ). Aku sangat terkejut apabila diberitahu ayahku tiada, ketika itu aku tidur dan tidak sedar. Ayahku meninggal dalam keadaan terkejut kerana dia meninggal dalam keadaan tidur. Aku juga berasa sungguh sedih kerana sudah tiada tempat untuk bergantung kasih sayang dan kehilangan tempat bermanja seperti teman-temanku yang lain. Walau apa jua sekalipun, aku redha dengan pemergian ayahku kerana mungkin ujian Allah berikan kepada keluargaku. Dengan ini, aku sudah tiada seorang yang aku sayangi. 

            Selepas itu, tidak beberapa lama, abangku telah ditawarkan untuk temuduga kerja di PERKIM Kota Bharru Kelantan pada tahun 2004. Ini menunjukkan bahawa Allah bersifat adil dan berkuasa kerana walaupun pemergian ayahku, aku telah diganti dengan abangku. Sehingga kini, aku dan keluargaku yang lain hanya bergantung kepada abangku sebagai pengganti arwah ayahku dalam apa jua sekalipun. Abangku lah yang menanggung dan menampung semua perbelanjaan adik-adik untuk persekolahan. Akhir sekali, Aku amat menyayangi abangku dan keluargaku. Usrati......Jannati..............



:::Slide Show Memori::::