Baru-baru ini aku bersama sahabatku dan sepupuku telah pergi bersiar-siar ke Alamanda yang terletak di Putrajaya. Aku telah bertolak ke sana kira-kira jam 1.3o petang kerana menunggu sepupuku yang ingin menjemptku ke sana. Aku telah membawa bekalan makanan sebanyak mungkin iaitu bubur, nasi lemak, spageti, buah-buahan dan banyak lagi. Selepas makan, aku pun ingin menangkap gambar-gambar di tempat yang menarik seperti di tepi tasik, di masjid besi, istana kehakiman dan banyak lagi tempat yang menarik yang boleh dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran.