Aku mula cuti pertengahan semester pada 28/1/2011. Tetapi hari itu aku masih lagi ada kelas KPPI iaitu kelas kurikulum Penilaian Pendidikan Islam. Namun, aku balik kampung pada malam itu selepas kelas. Rentetan itu, ada juga pasar malam di hentian kajang yang menyebabkan hatiku sangat gembira dan aku singgah di pasar malam untuk membeli sedikit makanan untuk dijadikan bekal semasa perjalananku pulang ke kampung. Tiba sahaja di dalam bas, aku terus tertidur disebabkan keletihan yang melanda diriku. Pada keesokan harinya, iaitu hari sabtu merupakan hari pertamaku sewaktu cuti ini. Jadi aku berbual-bual bersama bondaku yang tercinta disebabkan masa yang lama untuk berjumpa, maka aku berbual habis-habisan meluahkan kasih sayang. Pada hari itu juga, aku menghantar sahabat karibku yang selalu aku sayangi ke rumahnya di kampung Semerak Pasir Puteh Kelantan.
Hari kedua : Pada hari berikutnya, aku bersama adikku ke rumah penggawa daerah Bukit Abal untuk meminta pengesahan pendapatan ibuku. Selepas itu, aku bersamanya terus ke Taska Ku Nilam yang terletak di Pasir Puteh untuk menemami adikku mencari tempat yang dia bakal menjalani ROS pada bulan 5 nanti. Hari itu aku terasa letih sedikit kerana banyak aktiviti yang dijalankan untuk kepentingan bersama. Walaubagaimanapun, aku terpaksa berbuat demikian kerana itu merupakan tugas dan tanggungjawabku yang mesti dilaksanakan.
Hari Ketiga : Hari ini adalah hari yang paling ku gembira kerana dapat menghilangkan kebosanan. Pagi-pagi lagi aku pergi ke Semerak untuk menjemput sahabatku ke rumahku dengan menunggang motosikal. Tidak beberapa lama kemudian, aku, sahabatku dan adikku dijemput oleh seseorang untuk shopping di K.B MALL semata-mata untuk menghilangkan kebosanan. Namun, aku ingin mencuba bermain bowling bersama-sama mereka. Aku sangat gembira kerana 1st time dapat main bowling. Selepas itu, aku berempat bertolak ke Pantai Cahaya Bulan PCB untuk menghirup udara yang nyaman.
Hari Seterusnya : Hari seterusnya sehingga balik ke UKM, aku full dengan walimatul urus sama ada jiran, waris, kawan dan sesiapa sahaja yang menjemputku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan