Banyak gambaran yang di sebut oleh Allah di dalam al-Quran yang berkaitan dengan dahsyatnya suasana apabila terjadi hari kiamat. Al-Quran juga telah menjelaskan dan menegaskan kepada umatnya supaya meyakini hari kiamat tetap akan berlaku walaupun tidak diketahui bila masanya.
Kedahsyatan itu digambarkan dengan suasana yang menggerunkan sehingga menjadikan seseorang kelihatan terpinga-pinga dan kebingungan manakala ibu mengandung pula terus keguguran kerana ketakutan. Begitu juga anak yang menyusu akan tercampak dari pelukan ibunya dan dilupakan begitu saja. Banyak lagi peristriwa lain yang digambarkan oleh Allah S.W.T untuk renungan dan pedoman kita bersama, termasuk melalui surah al-Takwir :1-3 yang bermaksud : Apabila matahari dilingkari cahayanya dan hilang lenyap, apabila binatang-binatang gugur berselerakan dan apabila gunung ganang diterbangkan ke angkasa ( setelah dihancurkan menjadi debu."
Selain itu, keadaan yang digambar juga adalah suasana hiruk-pikuk dan kucar kacir yang menyelubungi manusia ketika di Padang Mahsyar. Ada yang berjalan seperti biasa, merangkak dan berjalan dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah serta kaki di atas.
Matahari pula hanay sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu, menyebabkan sebahagian manusia tidak tahanm panas dan ditenggelami peluh yang banyak serta berbau busuk dan semuanya bergantung kepada tahap amalan masing-masing ketika di dunia. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan Ibni Ammar R.A bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu, manusia kana dibangkitkan kembali untuk bertemu Allah S.W.T pada hari kiamat sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibu dalam keadaan telanjang bulat.
Diriwayatkan pada suatu hari, Mu'adz bin Jabal bertanya Rasulullah S.A.W mengenai maksud firman Allah S.W.T dalam surah An-Naba' : 18, yang bermaksud iaitu hari yang pada waktu itu ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompook-kelompok.
Mendengar saja soalan itu, lantas baginda menangis dan bersabdda :" Wahai Mu'adz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang sangat besar. Ada 12 jenis umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan, tidak mseperti mereka hidup di dunia.
GOLONGAN.............................
1 ) Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2 ) Dibangkitkan dalam kedaan berbentuk babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lali dalam solatnya.
3 ) Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar Zakat.
4 ) Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5) Dibangkitkan dalan kedaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat oleh orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
6) Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7 ) Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berduata di dunia.
8) Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air, kerana ketika hidup golongan itu suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9) Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10) Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
11) Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya samapai ke perut, manakala perutnya pula menjulur hingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar minum arak.
Walaubagaimanapun, bagi kelompok ke 12, mereka dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi ' sirat' Titian seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktu dengan berjemaah.
6 PERKARA ::
Rasulullah S.A.W turut bersabda : Jaminlah untukku 6 perkara, maka aku akan menjamin untukmu syurga".
1) Kalau bercakap, cakaplah yang benar.
2) Kalau berjanji, tepatilah janji
3) Kalau diberi amanat, tunaikan dengan baik
4) Pejamkan matanu daripada yang diharamkan.
5) Peliharalah farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan.
6) Peliharalah sepak terajangmu daripada tindakan yang diharamkan.
1) Kalau bercakap, cakaplah yang benar.
2) Kalau berjanji, tepatilah janji
3) Kalau diberi amanat, tunaikan dengan baik
4) Pejamkan matanu daripada yang diharamkan.
5) Peliharalah farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan.
6) Peliharalah sepak terajangmu daripada tindakan yang diharamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan