Melalui Email, soalan ini telah di tanya oleh sorang dua pembaca blog keretamayat sejak April tahun lepas lagi, tapi aku masih tak mengunakan kesempatan untuk mengulas hal ini di alam maya.., nak tulis sangat, tapi habitat buruk aku yang suka tertangguh tangguh dan akhirnya lupa pulak…(alasan hampeh)
Sehingalah munculnya segelintir pembaca blog keretamayat yang email dan berani mintak Nombor Phone aku, seterusnya berdialog dengan Phone akan cerita-cerita yang meningkatkan iman.., yang peliknya (cheh, buat buat pelik-tak pelikpun!) aku masih tak update blog keretamayat dengan isu yang penting ini.. alasan aku: lupa + perasan sibuk + malas? Oh!
Maka aku mintak maaf bebanyak kepada yang telah bertanya.., isk.
Dan kemudian ada jugak yang sanggup drive dari jauh datang jumpa aku lalu belanja minum teh tarik sambil bercerita tentang iman dan bagaimana nak tingkatkan iman.., bercerita juga cara cara nak selamatkan islam kononnya…, selamatkan islam dari kedai kopi? Hampeh!!
Akhirnya dari bulan ke bulan, entry ke entry, dan bila dah penat merepek dan membebel sini sana.. maka hari ini aku kembali untuk menulis jawapan kepada soalan yang berulang sejak zaman berzaman..., insyAllah.
Baiklah, para pembaca yang budiman sekalian, izinkan aku menulis tentang: Bagaimana Meningkatkan Iman?
Nampak begitu ilmiah dan begitu bersarjana tajuk ni bukan? Aku memang bukan real-ustaz dan mungkin entry ini tak seindah tajuk seterusnya tak dapat membantu korang dalam mejalani liku-liku hidup dalam meningkatkan iman, maklumlah aku hanya seorang ’kelindang keretamayat’.., dan dah tentu penerangan melalui tulisan berbeza melalui peneranganku di kedai kopi sambil korang belanja minum teh tarik, huh!
Satu lagi hakikat adalah: Pengalaman meningkatkan iman memang tak dapat di capai dari mulut ke telinga, atau dari telinga ke tulang, namun,.. dalam ruang yang ’bisu’ ini, boleh kot aku bagi sedikit FIKIR tentang bagaimana meningkatkan iman.., kita sama sama belajar, insyAllah.
Mula-mula, aku nak tanya korang semua yang dah akhil baligh:
APA ITU IMAN???
Dah berpuluh tahun korang mengaku beriman, boleh tak bagi tahu aku apa ke benda iman tu? Lantaklah korang nak jawab ikut skema buku teks KBSR ke?, atau format SPM atau standard Al Azhar., dan betullah apa yang korang belajar selama ini, yakni : Iman dari segi bahasa adalah bla bla bla,(isi sendiri), Manakala, Iman dari segi maksud pula adalah bla bla bla.. (isi sendiri ikut apa yang dah korang belajar)
Tahniah untuk korang :)
Baiklah, akupun nak tumpang jawab...., dengar ye?: )
Iman itu adalah... (telan air liur)
Iman adalah.. percaya 100% Cakap Nabi Muhammad SAW..
Iman adalah yakin 100% semata-mata atas apa yang di sabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Maknanya, jika korang ada sesetengah part yang buat korang tak beberapa percaya atau kurang yakin pada sabda Nabi Muhammad SAW, maka pada tika dan waktu tu, korang boleh di anggap sebagai tidak beriman.. percaya tak?(naduzubillah)
Kenapa?
Kerana orang kapir jer yang tak percaya dengan Sabda Nabi..
Dulu, Pada awal-awal permulaan dakwah Baginda SAW, Nabi ada buat jamuan makan pada kaum kerabat dan penduduk Mekkah, masa tu penduduk Mekkah tak tahu lagi Nabi dah naik darjat jadi Rasul akhir zaman..
Dah lepas makan, Nabi naik atas tempat tinggi dan buat pengumuman.
Lebih kurang maksud Nabi bersabda:
”Percayakah korang, jika aku katakan di belakang bukit sana, ada tentera yang sedang bersiap sedia nak serang Mekkah?”
Pada waktu dan tika itu, mereka semua yang dengar telah percaya 100% cakap Nabi Muhammad SAW, mereka membenarkan cakap Nabi, kerana al maklumlah, bagi setiap penduduk Mekkah, Nabi Muhammad adalah seorang yang tidak pernah bercakap bohong gelama ikan nuri, dan orang yang paling boleh di harapi dan di percayai, di gelar pulak al-amin, tak pecah amanah punya orang..
Ada tafsir yang bagitahu: Andai lepas Nabi cakap begitu (ada tentera yang sedang bersiap sedia nak serang Mekah,) lalu mereka-mereka sumua pakat pergi belakang bukit dan tak jumpa pulak tentera musuh, maka mereka akan masih tetap percaya bahawa musuh yang Nabi cakap tu mungkin ada di belakang bukit yang satu lagi. Begitulah confidentnya mereka dengan seorang yang bernama Muhammad...
Tapi bila Nabi declare bahawa baginda adalah Nabi akhir zaman, maka masing masing mula tak percaya dan tuduh baginda berdusta dan gila.., panjang cerita- boleh rujuk sendiri, apa yang aku nak bagitahu adalah mereka semua jadi tidak beriman yakni kekal kapir dan korang dan aku juga boleh jadi kapir bila kita tak yakin lagi dengan sabdaan Nabi Muhamad SAW.. Naduzubillah!
Jadi… korang akan di anggap sebagai seorang yang beriman selagi korang tak mendustai Allah dan Rasul.. kerana hakikat iman adalah yakin 100% semata-mata atas apa yang di sabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Nabi pernah bersabda: "Semua orang masuk shurga kecuali yang enggan.”
Sahabat bertanya: "Siapakah mereka yang enggan?”
Nabi jawab: "Orang yang tak ikut aku.... ”(lebih kurang maksud)
Ada satu cerita lain, selepas peristiwa israk mikraj, tak kala Abu Jahal dapat tahu bahawa Nabi telah pergi dari Mekkah ke Palestine dalam satu malam dan naik pulak ke langit jumpa Tuhan, Abu jahal rasa hippie semacam lalu dengan sukarela kumpul semua orang kampung dan bawa mereka pergi dengar cerita dari Nabi kerana sangka beliau lepas ni takde ler orang yang nak percaya cakap Nabi Muhamad SAW yang ’karut’ kononnya..
- Pergi ke Palestine satu malam?,
- Naik ke langit?,
- Tunggang binatang shurga?
- Jumpa tuhan?
Hehehe gelak abu jahal memperlekehkan cerita Nabi.. (agaknya)
Dan kemudian, Abu Jahal pergi jumpa dengan bestfriend Nabi iaitu Abu Bakar RA dan bercerita sambil mengejek: "kawan kau cakap dia pergi ke baitul muqadis dalam satu malam.”
Belum habis Abu jahal bercerita, Abu Bakar ra telah meyampuk:
“Jika Nabi cerita dia nak ke langit jumpa tuhanpun aku percaya”
Terus bengang Abu jahal, dan bertambah bengang bila semua orang islam percaya dan yakin 100% dengan cerita Nabi telah pergi israk Mikraj, dan jika Abu Jahal masih hidup lagi, lagilah dia bengang gila sebab kat Malaysia la ni tiap-tiap tahun ada cerAmah israk Mikraj, ada makan-makan pulak tu he he he..., dan korang sebagai orang islam semua, dah tentu percaya 100% Nabi pergi israk Mikraj bukan?
Selamat beriman!!!
: )
OK, lah kita balik kepada main topic, How to improve our Iman..
Tapi sebelum itu… biarlah aku tulis secara menyeluruh tentang Iman dan aplikasinya.., bagus untuk buat nota diri sendiri..
Untuk pengethuan bakal mayat sekalian, sebagai seorang manusia, kita kena buat 4 perkara untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat…
Jika tak buat 4 perkara ini maka rugilah kita di dunia dan akhirat.., naduzubillah..!
Apakah 4 perkara itu?
Perkara pertama yang kita semua kena buat adalah:-
1) Korang kena ADA IMAN atau kena BERIMAN…
Iman adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah..Dan orang islam mulia di sisi Allah kerana Iman.Iman satu perkara yang sangat berharga kerana seorang yang jadi mayat tanpa iman, Maka akan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya tanpa jadi mayat.
Allah tidak akan hancukan dunia dan seisinya selagi ada orang beriman atas muka bumi ini, jika sudah tiada oran beriman, Allah bukan saje musnahkan dunia, malahan kaabah akan runtuh, masjid akan hancur, dan semua malaikat juga akan mati…
Begitulah bernilainya iman di sisi Allah sbt.
Di riwayatkan seorang yang berjumpa dengan Allah kelak, dan hanya membawa Iman sebesar zarah, maka nescaya Allah akan menukar dengan Shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia.Hakikatnya, Iman adalah sangat di perlukan terutama bila tiba waktu nak jadi mayat, bahkan siapa yang ucapkan kalimah iman sejurus sebelum menghebuskan nafas yang terakhir, maka SHURGA wajib untuknya…, ada riwayat menyatakan siapa yang akhir kalam dapat ucap kalimah IMAN maka azab neraka di HARAMKAN untuknya!!!Iman sangat penting, sehinggakan dalam kubur perkara pertama yang akan di soal oleh malaikat yang mana jika tak dapat nak jawab kena azab adalah IMAN…Di padang mahsyar kalimah IMAN akan memberatkan Timbangan Kebaikkan..Di titian Sirat, Iman akan mencahayakan dan memudahkan perjalan meniti titian perjalanan..Dan nilai shurga adalah IMAN!!!Dan siapa yang masuk neraka dan pernah ucap kalimah IMAN maka pasti akan di keluarkan oleh Allah..Sahabat buat usaha atas IMAN selama 13 tahun di mekah, dan Nabi Muhammad SAW adalah GURU IMAN yang terbaik, dan sahabat-sahabat baginda adalah MURID IMAN yang terbaik,
Tanpa iman, manusia akan kekal menderita dalam Neraka buat selama-lamanya, no time limit, no way out.. isk.
Ahli neraka akan menyesal dan mintak kembali ke dunia walaupun sesaat hanya untuk hidup beriman, pendek cerita korang semua orang islam yang baca blog aku adalah sudah beriman, percaya 100 % cakap nabi Muhamad SAW…, insyAllah walau camne burukpun amalan korang, akhirnya masuk shurga demi iman yang ada dalam diri.., tapi takut takut kerana maksiat, iman kita akan tercabut, pagi beriman petang kapir dan takut takut mati dalam keadaan kapir.., naudzubillah!!!
Balik kepada 4 perkara tadi, perkara ke 2 yang korang dan aku kena buat untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat adalah:-…
2) Korang kena KEKALKAN IMAN…
Kekalkan iman adalah tersangat penting kerana ramai orang yang lahir islam, tapi belum tentu menjadi mayat orang islam walaupun di kebumikan di perkuburan orang islam...
Jadi, bagimana Nabi ajar kita semua supaya kekal beriman?,
Ada dua perkara yang penting perlu di buat untuk KEKALKAN IMAN:-
a) Perbaharui Iman dengan Ibadat.
b) Menahan diri dari maksiat..
Perbaharui Iman dengan Ibadat.
Dengan Ibadat.., insyAllah IMAN akan berjaya di kekalkan dalam diri..
Dalam solat misalnya ada ucapan syahadah..., dan ada riwayat menyatakan orang yang tak solat boleh jatuh kapir, solat adalah ibu segala ibadat, maka penting di sini kita semua kena jaga ibadat masing masing, jika tadi rukum iman sekarang kita dah masuk rukun islam.., solat, puasa, zakat dan haji.., mengamalkan semua ini akan mampu kekalkan kita dalam iman, insyAllah...
Menahan diri dari maksiat..
Ada riwayat yang mengatakan, seorang yang buat maksiat boleh tercabut imannya.., Nabi bersabda lebih kurang maksud, orang yang berzina tercabut imannya, orang yang mencuri tercabut imannya dan lain-lain maksiat.., maka aku dan korang kena pandai jaga diri dari maksiat dan maksiat amat susah di tahan bila bersunyi diri..oh!
Pesan Nabi SAW kepada Hazrat Ubadah bin Samit ra.
Janganlah menyekutukan ALLAH dengan sesuatu apapun, walaupun kamu di bunuh, di bakar atau di salib,
jangan meninggalkan solat dengan sengaja, kerana sesiapa yang meninggalakan solah dengan sengaja akan terkeluar dari islam.
Jangan melakukan Maksiat kerana itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH.
Jangan minum arak kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.
(riwayat tabarani)
Seperara lagi, setan tak takut dengan ahli ibadat.., orang tengah solat, setan lintas lintas celah saf..., setan boleh ’buat’ ahli ibadat jadi riak, perasan bagus, jadi hampeh! dan dan banyak cerita ahli ibadat yang hebat-hebat akhirnya tersungkur di pintu shurga, masuk neraka kerana tertipu dengan godaan setan! Sampai boleh pulak minum arak, berzina, bunuh, dan akhir sekali : Murtad!! Naduzubillah, boleh rujuk ustaz untuk cerita detail,
Oleh yang demikian, iktibarnya adalah, amat penting untuk kita semua orang islam bukan sajer fikir setakat nak kekalkan iman, sibuk beribadat sampai lupa pada dunia.., asyik zikir sampai tak bergaul ngan masyarakat, padahal tak sedar dah masuk kelab setan selamba tipu.., ayhik beribadat di zon ’selesa’, rasa aman dari azab Allah dan perasan bagus serta confirm masuk shurga, pandang ahli maksiat sebelah mata.., orang lain semua ahli neraka.., tak sedar time tu setan dah bertenggek di kepala, iblis dah bermaharajalela di batu jemala.. oh!
Maka...
Perkara ketiga yang setiap orang islam nak kena buat selepas berjaya kekalkan iman adalah,:-
3) Kita kena buat usaha untuk TINGKATKAN IMAN…
Bagaimanakah caranya iman kita boleh meningkat?
Inilah yang jadi tajuk entry ini dan menjadi soalan sejak zaman berzaman..
Ok, jangan melencong lagi.., dan jangan berlengah lagi!
Salah satu cara yang mudah untuk tingatkan iman kita adalah dengan duduk dalam majlis yang bercerita tentang empat perkara:
1) Kehebatan dan Kebesaran Allah.
2) Kehidupan Akhirat
3) Kelebihan Amal.
4) Kisah kisah Pertolongan Allah kepada kekasih Allah.
Kehebatan dan Kebesaran Allah.
Bercerita tentang kehebatan dan kebesaran Allah adalah salah satu di antara cara terbaik untuk tingkatkan iman, contoh korang pergi melawat kilang buat pintu kereta kancil kat Nilai.., pergi tengok line assamble untuk setiap part.., maka korang boleh tengok, untuk manusia buat production pintu kereta kancil sahaja, dia punya kilang bapak punya besar, bersaiz beratus-ratus kali ganda dari pintu kereta kancil.., dia punya bising tak ingat..!!
Tapi bila Allah cipta aku yang besar cam bapak gajah ni, aku tengok ’kilang’ yang hasilkan aku tu, alahai kecik ajer.., sebesar perut mak aku.. dan dari perut mak aku tu bukan setakat aku sorang jer keluar, kakak aku yang bersaiz guni beras pun Allah ’buat’ kat situ jugak, abang aku yang bertapak kaki bigfoot, adik aku yang besar kepala, along yang berkuku waris jari hantu, angah yang bungcit, ucu yang longjong bla bla bla.. dan bermacam macam medium lagi yang keluar dari ’kilang’ tu.., hebat tak Allah?, lepas tu ’kilang’ tu senyap jer.., tapi bila keluar dah ada tangan kaki dan kemaluan.., subhAllah..
Sorry, bagi contoh standard budak tadika, nak cerita bahawa bila kita fikir, atau bermuzakarah tentang Kehebatan dan Kebesaran Allah.Tentang Kudrat dan KeEsaan Allah, on the sport, iman kita akan naik ., insyallah!
Kehidupan Akhirat
Bercerita tentang kubur, padang Mahsyar, Telaga Kausar, Mizan, titian sirat, neraka dan shurga, akan dapat meningkatkan iman kita... insyallah!
Kelebihan Amal.
Dalam majlis ilmu hukum hakam(Masail), belajar fardu ain atau fadrdu kifayah, iman tak dapat di tingkatkan, namun ilmu ini penting kerana tanpa ilmu hukum hakam, amal ibadat akan jadi rosak, maka wajib kita belajar ilmu hukum hakam di setiap permasalah yang timbul.. ini adalah wajib dan semua ummat islam wajib belajar..,
Namun, satu lagi ilmu yang lebih tua dari ilmu Masail iaitu ilmu Fadhail (kelebihan) yang sering di abaikan malah di perlecehkan oleh sesetengah pihak, sayang sekali! Kerana ini dalah sabda Nabi,.Dan Allah banyak cerita Fadhail amal dalam quran!!, Mendengar tentang janji Allah, yakin dengan ihtisab, akan dapat meningkatkan iman kita, Kelebihan amal perlu di pelajari setiap hari dalam membangkitkan kegharahan untuk beramal..
Kata Abu bakar RA: tiada ganjaran untuk mereka yang tidak berharap...
Dalam Al quran bagitahu: setiap rasul membawa berita gembira kepada ummatnya, tafsir ulamak berita gembira adalah janji Allah dalam setiap kebaikkan (fadhail)
Laku korang usul: Ilmu masail tak meningkatkan iman? Kau biar benar Hamka?
Relaks, aku bagi contoh.., dalam mempelajari ilmu wudhu misalnya, bila kita belajar hukum wudhu ada enam, 4 basah dan dua kering, yang basah adalah muka, tangan, kepala, dan kaki, manakala yang kering adalah niat dan tertib..,,ini adalah ilmu masail, tiada apa apa perubahan pada iman bila belajar, tapi penting! Wajib belajar...
Namun, bila kita belajar ilmu fadhail untuk ambik wudhu misalnya, setiap titisan Allah ampun dosa, Nabi akan kenal ummatnya melalui cahaya wudhu, membasuh tangan akan mudah mengambil kitab kebaikkan di padang Mahsyar, membasuh kepala akan dapat naungan arasy, membasuh kaki akan mudah lintas sirat dan lain lain.., maka semakin banyak kita yakin dengan janji ALLAH, semakin meningkatlah iman kita.. itu trtibnya..
Berkata Hanzalah r.a: Apabila kami duduk dalam majlis Rasulullah, maka seolah olah shurga dan neraka terbantang di hadapan kami.., subhanAllah...
Tentu korang pernah alami tak kala bila kita dengar janji-janji dari Allah, rasa nak mati sangat, tak sedar air mata berlinangan, terharu dengan kerahiman Allah.., takut ngan dosa nak nak bernasuha, rasa nak jadi super born muslimin.. bagus, bagus, bagus!!!
Kisah kisah Pertolongan Allah kepada kekasih Allah
dalam Al quran banyak cerita pertolongan Allah kepada nabi nabiNYA..
Allah tolong Nabi Ibrahim dalam api
Allah tolong Nabi Musa dengan perantaan air
Allah tolong Nabi Yunus dalam perut ikan
Allah tolong Nabi Yosof dari fitnah
Allah tolong Nabi Ismail dari di sembelih
Dan lain lain..
Juga dalam hadith.. . ada banyak kisah kisah Pertolongan Allah kepada sahabat RA
Semua boleh ambik iktibar dan menghayati kisah bagaimana kekuasan Alllah dan nusrah kepada hambanya, akan dapat meningkatkan iman kita... insyallah!
WALAUBAGAIMANAPUN..
Hari ini bila kita dengar ceramah, atau baca satu artikel hebat, kadang kadang kita teruja! Rasa sungguh bersemangat, rasa IMAN begitu meningkat, tanda iman meningkat adalah bertambahnya amal.., tapi yang mushkilnya, bila balik ceramah atau lepas habis satu satu program ugama, sampai jer rumah, semangat jadi hilang, kembali kepada asal.., masjid banyak yang kosong walaupun sebelum ini dah di jemput penceramah hebat. Dah 50 tahun merdeka, dan berjuta program ugama di adakan, dah beberapa kali semangat untuk tegakkan islam terbit, tapi esok pagi azan subuh, yang datang muka tu juga.. mana pergi orang yang bersemangat bertakbir malam tadi? Mana pergi orang yang berkokok macam ayam jantan, tapi lepas tu jadi hangat tahi ayam?
Maka perkara ini juga telah berlaku kepada Sahabat-sahabat Nabi SAW, sehingga Hanzalah RA bagitahu bahawa dia telah munafik hanya kerena semangat dan jazbah yang meningkat ketika dengar ceramah Nabi telah hilang sebaik saja balik rumah bergurau dengan isteri dan anak-anak..
Maka untuk perkara ini, walaupun iman kita dah meningkat tapi belum dapat di kekalkan selagi kita tak buat perkara yang ke empat...
Apakah perkara ke empat itu?
4) korang kena buat orang lain JUGA BERIMAN… (dakwah)
Ini adalah perkara paling penting dan utama serta merupakan tugas semua Para Nabi dan Rasul alahisalam,
Tanpa dakwah, ugama akan berkubur.., Ummat terdahulu, hanya Nabi yang berdakwah yang mana di setiap kewafatan Nabi mereka, maka ugama juga turut terkubur, menjadi rosak dan muncul bidaah, maka Allah akan hantar Nabi lain pula untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati setiap ummat.., sehinggalah akhirnya tiba zaman yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang yakni di zaman Nabi Muhammad SAW.., dan sebagai ummat yang terbaik, Nabi telah mewarisi kerja dakwah ini kepada setiap Ummatnya..
Dan dapatlah kita mengetahui bahawa Iman Nabi adalah Iman yang paling sempurna dan telah meningkat ke tahap tepu, yang mana jika di letakkan shurga ataupun neraka, iman para Nabi sudah tidak berganjak lagi..., ini adalah kesan daripada BERDAKWAH... dalam dakwah ada pengorbanan, dan melalui pengorbanan maka iman dalam diri manusia akan meningkat insyAllah..
Begitu jugaklah iman para Sahabat ra yang berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW, iman mereka juga telah meningkat ke tahap tepu, tidak berganjak lagi iman mereka walau di letakkan shurga ataupun neraka di hadapan mata, sedangkan mereka adalah manusia macam kita, berak dan lawas, makan makanan dari tanah, dada tak di belah macam Nabi, tak naik ke langit jumpa Allah, tak lihat rupa malaikat yang asal.., tapi iman dalam dada, kukuh dan teguh!!! Kesan daripada hidup berdakwah.. Asbab mereka ugama talah sampai ke dalam rumah kita, seperti cahaya matahari yang bersinar.., subhAllah!!!
Yang hampehnya..
Hari ini kita semua sibuk cari bekalan hidup di dunia sampai abaikan dakwah..
Ada yang tak nak berdakwah dengan alasan diri sendiri belum cukup baik, padahal menjadi orang yang baik akan dapat di capai dengan berdakwah..., nampak macam tak logik bukan? Tapi bukankah Allah bagitahu orang yang bayar zakat dan bersedekah hartanya akan bertambah? , ugama tak boleh pakai logik...
Lagi satu ada yang tak nak berdakwah dengan alasan belum cukup ilmu, janganlah jadi bodoh bangang!..
Biar aku membebel sikit, memang benar bagi setiap individu, mendalami ilmu ugama adalah lebih penting daripada perkebangannya, Namun rahsia ilmu adalah, MENDALAMINYA HANYA AKAN DI CAPAI MELALUI MENGEMBANGKANNYA.., (berdakwah)
Macam gali lubang, makn dalam di gali maka makin luar diameter lubang, paham?
Tanpa terlibat dalam perkembangan ugama maka kefahaman ugama tidak akan mendalam. Inilah tertib dakwah Nabi SAW, setiap sahabat yang di islamkan telah menjadi pendakwah jam tu juga, Kat Madinah misalnya, bukan Nabi yang berdakwah pada orang madinah, tapi sahabat-sahabat di sana yang telah islamkan sebahagian besar penduduk madinah dan seterusnya menyediakan tempat menunggu kedatangan Rasululah SAW... (rujuk ustaz)
Sahabat berdakwah pada hari pertama mereka masuk islam.., sampaikanlah walau satu ayat!!Ok, di sini ada fakta(sila betulkan jika salah)Nabi Muhammad SAW ajar Sahabat r.a berdakwah sejak dari hari pertama mereka masuk islam dan berlanjutan di Mekah selama 11 tahun lebih.Dalam 11 tahun itu, Al quran telah turun yang mana sahabat telah belajar ayat demi ayat, dan dalam tertib ugama, sesiapa yang terlibat dalam perkembangan ugama maka kefahaman ugama akan menjadi mendalam dalam diri mereka.. Dan melalui kaedah inilah Nabi mengtarbiah sahabah... akhirnya mereka menjadi ummat yang terbaik yakni ummat yang mampu berdakwah tanpa Nabi di sisi, dan mampu mentadbir dunia sebagai Khalifah agung..!!
Moralnya adalah:- Dengan berdakwah! Kefahaman tentang ugama akan menjadi lebih dalam dan tentu lebih bermanfaat, kerana ilmu yang bermanfaat akan kekal sampai kiamat walaupun korang dah jadi mayat!!!
Nikmat mana lagi yang kita dustakan?, apa lagi nak di kata, bila ada yang sibuk beribadat dan mengabaikan dakwah.. oh!
Aku nak tanya:
Tahukah korang pada tahun berapakah solat 5 waktu di fardukan ke atas ummat islam?Baik! selepas Nabi dan sahabat berdakwah selama lebih kurang 11 tahun di Mekah dan sekitarnya, maka baru terbit cerita Israk Mikraj dan perintah solat di wajibkan, PERINTAH SOLAT 5 WAKTU yang merupakan Ibadat paling utama turun selepas 10 tahun lebih Nabi dan sahabat berdakwah.., nampak tak?
Kemudian pada tahun ke 13 datang pulak ibadat lain, zakat di wajibkan, tahun ke 15 pula, turun perintah untuk berpuasa fardu sebulan ramadhan, kemudian tahun 17 baru arak di haramkan dan tahun 21 haji pulak di wajibkan.. ( ini satu fakta sejarah, sila betulkan jika korang lebih mengetahui..oh)
Maka timbul soalan: Kenapa nabi ajar sahabat berdakwah dahulu baru belajar ugama, dan beribadat?
Jawapannya hanya Allah yang Mengetahui, kerana yang berlaku semua dalam kehendakNya, namun jika kita kaji sajarah, kefahaman ugama ummat islam akan didapati dengan berkesan apabila kita menjalankan kerja dakwah, dan begitu juga dengan ibadat, Ibadat akan di buat dengan lebih komitment apabila kita menjadi seorang pendakwah, betul tak?
Korang semua tahu maklum, bahawa bagi setiap individu, solat lima waktu adalah amalan yang mula -sekali akan di hisab di padang mahsyar, jika solat hampeh, maka semua amalan lain menjadi hampeh.., di sini ada satu HAKIKAT, orang yang buat dakwah (macam para sahabat ra),maka ibadat akan menjadi "hadiah” bagi mereka.
Orang yang tak buat dakwah pula. ibadat akan menjadi beban bagi mereka!,..
Aku ulangi:-
ORANG YANG BERDAKWAH, IBADAT AKAN DI ANGGAP SEBAGAI HADIAH DARI ALLAH..
ORANG YANG TIDAK BERDAKWAH, IBADAT AKAN DI ANGGAP SEBAGAI BEBAN..
Sebab tu Sahabat ra yang telah bersebati dengan kerja Dakwah, sebaik sahaja turun perintah solat, mereka teruja dan gembira!!
Mereka argue Nabi SAW KENAPA TAK TERIMA SOLAT 50 WAKTU SETIAP HARI, mereka sanggup buat, mereka solat sampai lupa malam pertama perkahwinan, mereka solat hingga tak rasa sakit di panah, dan di cabut panah.., mereka telah dapat hakikat ibadat, kemanisan ibadat, malahan mereka selalu menunggu-nunggu perintah Allah dari wahyu..., dan buat dengan suka hati, bila datang perintah puasa mereka buat dengan penuh komitment, dalam perangpun mereka masih berpuasa.., bila perintah arak di haramkan, maka madinah telah banjir dengan arak yang di pecahkan dari tempayan besar.., mereka telah merasa kemanisan beribadat hanya semata mata asbab kerja dakwah yang mereka jalankan..
KEMANISAN IMAN AKAN DAPAT DI CAPAI HANYA APABILA KITA BUAT USAHA ATAS IMAN.. (insyAllah)
Dan sebab tu korang (dan aku) yang tak berdakwah hari ini, tak rasa manis dalam ibadat, tak rasa ibadat tu sebuah ”hadiah” dari Allah, malahan berasa satu Beban pulak dalam mengerjakan ibadat, solat berjemaah selalu tinggal, solat di rumah pulak dengan lengah lengah dan malas, isk isk.., kalau boleh korang nak argue Nabi SAW : ”KENAPA TAK NAIK LAGI JUMPA ALLAH?” NAIK LAGI UNTUK MINTAK KURANG JUMLAH SOLAT AGAR JADI SATU WAKTU JER SETIAP HARI, Tak ke Hampeh?!
Dan hampeh untuk diri aku sendiri isk isk isk...
Moralnya adalah:- Untuk berjaya di dunia dan di akhirat kita kena buat 4 perkara iaitu:-
-Beriman
-Kekalkan Iman
-Tingkatkan Iman
-Buat orang lain beriman..
TAMBAHAN:-
Dalam membincangkan isu tentang bagaimana meningkatkan Iman.., ada satu perkara lagi yang sangat penting untuk di ambil perhatian..
Iaitu dalam apa-apa amalan yang berkaitan ugama, melakukan PENGORBANAN adalah satu kaedah paling asas dalam peningkatan Iman...
Ibadat yang di kerjakan sambil lewa dan tidak sanggup pula untuk membuat pengorbanan demi kesempurnaanya akan menjadi hampeh..
Solat misalnya, korang semua tahu Sunnah nabi bersolat adalah berjemaah di masjid, dan untuk istiqamah perkara ini korang kena buat pengorbanan, kena korbankan waktu lapang, korbangkan waktu sibuk, korbankan rangcangan kegemaran, korabankan berselimut di subuh hari, korbankan itu -korbankan semua ini!!
Mungkin sah jika korang solat tanpa pengorbanan, seperti solat lengah-lengah, tak solat di masjid, solat tak pakai baju, dan lain lain, dari segi hukum memang sah, tapi dari segi kesan, solat dengan cara ini akan buat iman menjadi bertambah lemah, merosot.. dan terperangkap dalam kehendak Nafsu, ya! Korang dah solat apa, taat perintah Allah tapi cara korang solat adalah kehendak nafsu! Itu yang boleh buat iman rosak...
Dan begitu jugak dalam berdakwah, kena buat pengorbanan macam Nabi SAW buat, pergi jumpa manusia direct dan cerita tentang berita gembira, cerita atas langit dan bawah bumi, atas langit adalah Kehebatan dan Kebesaran Allah serta Kelebihan Amal. Cerita bawah bumi adalah Kisah kisah Pertolongan Allah kepada kekasih Allah. Yang dah jadi mayat dan Kehidupan Akhirat mereka, boleh rujuk ustaz, nak bagitahu di sini, kerja dakwah begini memerlukan PENGORBANAN yan besar, nak jumpa orang bukan senang, nak cerita ugama boleh buat orang benci dan lari, mungkin kena caci atau kena pukul, kena bunuh pun boleh!! Tapi inilah pengorbanan yang telah di tunjukkan oleh Nabi kepada ummatnya, dan sahabat telah mencontohi!!
Ummat terdahulu di azab oleh orang kapir kerana bernci dengan dakwah orang islam..
Orang kapir hari ni azab orang islam kerana benci dengan perangai buruk orang islam..
Macam mana perangai tak buruk, nak tunggu ada ilmu dulu baru nak berdakwah?, nak tunggu baik dulu baru nak berdakwah? Tak ke hampeh..
Yang mengaku berdakwah pula, tak buat pengorbanan macam Nabi, berdakwah ikut nafsu, macam orang solat kat rumah gak, suka hati dia jer.., maka yang berdakwah tak pergi jumpa umat, suka hati dia jer nak berdakwah ikut nafsu suka yang mana, yang suka komik, berdakawah ikut komik, yang suka menyanyi berdakwah dengan lagu, yang suka filem berdakwah sambil menonton, yang suka main solaitare sambil korek hidung(aku ler ni..isk) berdakwah melalui blog kononnya, tak ke hampeh?
Sedangkan berdakwah macam ni mungkin baik dari segi tertentu, tapi dari segi PENGORBANAN yang tidak semujahadah Dakwah Nabi yang asal, maka hasilnya pendakwah itu sendiri hanyut dengan perasan bagus sampai tak leh pulak aku tegur, apa kes?
Akhir sekali bila pengorbanan tidak di buat maka kesannya Iman akan jadi bertambah lemah..
Dakwah tanpa Mujahadah, bukanlah dakwah namanya.., ianya jadi hiburan,
Tak apa lah korang nak berhibur dengan komik islamic, lagu islamic, nasyid islamic dan blog kelakar islamic misalnya, yang penting bila sampai masuk waktu solat korang pergi solat jemaah, nampak ummat menderita, pergi jumpa mereka dari hati ke hati., telinga ke tulang... jangan pulak abai zikir sebab dengar lagu nasyid, jangan sampai lengah solat sebab asyik baca komik islamic, baca quran pun tak leh jika waktu solat dah nak habis inikan pulak baca blog aku?dan yang paling utama, jangan pulak tinggalkan sunnah Nabi dalam berdakwah hanya kerana beranggapan boleh sajer berdakwah ikut mana nafsu suka.., wah wah wah, meriahnya hidup..
Aku teruskan menasihati pendakwah moden... masalah yang besar apabila kita berdakwah selain cara Nabi SAW, adalah ganjaran dan imbuhan akan dapat serta merta, sedangkan ugama ini berkembang melalui MUJAHADAH...
Apa itu MUJAHADAH?
Mujahadah adalah besusah payah kerana Allah dan ganjaran tidak dapat serta merta..Apabila ganjaran dapat serta merta iaitu dapat duit dan dapat Nama, dapat mahsyor dan di puji sini-sana, maka ada banyak larangan ugama yang suruh tinggalkan medan itu serta merta, Kata Nabi kepada Ummatnya, ganjaran untukku akan di beri Allah di akhirat.., so moralnya di sini, janganlah ambik upah dan niat nak cari nama dengan ugama.., ada azab yang dahsyat untuk mereka yang mencari dunia dengan ugama.. oh!
Dakwah hendaklah di buat dengan niat mencari keredhaan Allah dan yakin dengan ganjaran di akhirat, bukan niat nak orang puji, blog engkau sungguh best, lagu kau sungguh merdu, komik kau sungguh ironi, ceramah ustaz X sungguh lawak, forum islam tu sungguh teruja bla bla bla.., last-last semua jadi hampeh!!
Namun aku akui bahawa bukan semua pendakwah moden ini yang hampeh, ada penulis buku yang boleh membantu korang untuk sampai ke satu tahap yang tertentu dalam ugama, its Ok, walau bagaimanapun, hakikatnya ugama tak akan berkembang jika semua orang berdakwah secara moden ini, basic ugama kena buat pengorbanan dan dah tentu kena ikut cara Rasulullah SAW, walaupun berbuih mulut aku terangkan, dan sudah berpeluh jari jemari aku menulis dan AKU TAHU bahawa blog aku ini TIDAK MAMPU untuk mengembangkan ugama dan mengekalkan IMAN yang sedang meningkat, just membantu sorang dua antara korang mencapai ke tahap tertentu dalam ugama.. da hanya bersifat sementara,
tahniah dan terima kasih, tapi apabila, apa yang patut KITA BUAT, tapi tak buat, maka dah tentu kita banyak habiskan masa buat benda yang TAK PATUT kita buat…, buat benda yang hampeh.., buat benda yang bidaah., tahukah korang?
BIDAAH berlaku adalah apabila kita tinggalkan SUNNAH..!!!,Hampeh!!
OK, korang boleh abaikan celaan ini jika korang seorang yang cacat atau menderita penyakit berjangkit, maka boleh kot korang hidup berdakwah cara yang terhad itu... ataupun memang korang berbakat dalam seni penulisan dan sebagainya, tahu adab-adab ugama, maka teruskan aktiviti ‘sihat’ korang tu cuma kena ambik perhatian tentang apa yang aku tulis di bawah, baca betul betul kerana aku dah malas nak ulang-ulang lagi:-
Ugama islam yang di berkati ini tidak dapat di fahami dan di mengerti hanya dengan membaca, mendengar dan berhibur. Ke tahap tertentu ia dapat membantu namun tak akan boleh pergi jauh., Sebab tu walau Al Quran dah sempurna perfect, still Allah hantar Nabi untuk JUMPA MANUSIA dari HATI ke HATI, dari MATA ke MATA, dari PINTU ke PINTU, dari TELINGA ke TULANG, eh silap, dari SYARIAT ke TARIQAT dari MAARIFAT ke HAKIKAT, dari budak ke MAYAT, dari SEMUA ITU ke SEMUA INI dan dengan beginilah cerita tentang ugama bermula.., semua sahabat ikut step ni dalam menjayakan program reality duniawi ukrawi mereka..
Maka penting dan mustahak bagi korang semua yang terlibat dengan pendakwah gaya moden ini agar dapat melibatkan diri secara lansung ke dalam masyarakat.., aku tak nafikan apa yang korang buat sedikit sebanyak membantu orang yang baru nak kenal dunia, belum buat maksiat dan belum ternoda, tapi bagi mereka yang dah sesat jauh ke hutan maksiat dan suka pulak sesat di sana serta tak berniat pulak untuk pulang ke pangkal jalan, maka penting untuk kita yang di iktiraf sebagai ummat terbaik, pergi ‘selamatkan mereka’..
Dan dah tentu korang akan menjadi hampeh bila selamatkan mereka hanya dari jarak jauh, membebel sambil minum teh tarik di warung, buat forum di universiti, debat perdana/debat online, ceramah hebat hebat dan berakhir dengan wallahu’lam, korang timbul yang jahil terus tenggelam, rakam album insaf dan ada peminat yang bodoh bangang tinggalkan zikir dan quran kerana dengar nashit korang yang di anggap ‘ibadat’ bagi mereka, ada pulak yang berperang dengan komik orang kapir, mereka cipta batman korang cerita mukjizatman dan apa ke jadah lagi ntah? Tak ke hampeh?!!
Tahukah korang? Orang kapir ini ibarat bayi yang masih dalam perut, dan orang islam ni pulak ibarat bayi yang sudah di lahirkan., apabila bayi sudah di lahirkan dengan izin Allah, maka amat penting semua orang ambik tanggungjawab untuk besarkan bayi ini.., jika tidak ia akan manjadi mayat sejuk di tong sampah.., di basahi air embun dan hujan banjir, ia akan di gigit nyamuk dan di gonggong anjing, tak kasihankah kita kepada mereka?
Mungkin korang akan berkata:SEKURANG-KURANGNYA… bla bla bla.. (isi sendiri alasan korang yang hampeh)
Wah wah wah! Meriahnya hidup.., Untuk dunia korang takde pulak berkata ”Sekurang-kurangnya” ., takpelah bos, saya takde kereta, sekurang-kurangnya saya ada basikal, takpelah gaji saya tak naik, sekurang kurangnya gaji saya tak turun.., takpelah tak de orang nak kahwin ngan saya, sekurang kurangnya saya tak menderita penyakit gila., takpelah saya tengok web prono, sekurang kurangnya saya tak melancap, takpelah saya hampeh, sekurang-kurangnya saya nampak kool bla bla bla..., takdenya korang nak bagi alasan sebegitu, tapi untuk ugama selamba korang jer cakap: sekurang-kurangnya.
Contoh sekurang-kurangnya yang hampeh:-
Takpelah berdakwah melalui blog, sekurang kurangnya saya tak hisap dadah.,
(pergi jadi mayat)
Takpelah berdakwah melalui lagu nasyid, sekurang kurangnya saya tak menyanyi lagu dangdut yang ada unsur seks,
(pergi mati!)
Takpelah berdakwah melalui lagu dangdut yang ada unsur seks, sekurang kurangnya saya tak jadi pelacur.,
(pergi mampos!)
Hoi!
Dalam ugama mana boleh cakap sekurang-kurangnya!!, alamak jatuhlah iman bila korang dah berpuas hati dengan amal ibadat korang, ada hadith cerita kisah orang alim masuk neraka walaupun rajin beribadat hanya kerana bila maksiat berlaku ia langsung tak berkerut kening.., (risau ummat)
Moral: Jangan Jadi Hampeh!
Nota: pesan kat diri sendiri sebanyak 90% dan 10 % lagi kat diri sendiri jugak, jangan perasan! Aku yang tulis blog ini untuk nota ugama aku, dan kesannya adalah, aku yang akan baca, baca, baca, baca.. sampai menempel di telinga dan lekat ke tulang, sampai jadi mayat...
*****
Aku tahu bila kita menyalahkan orang lain dalam masalah ummat maka korang akan rasa lega kerana al maklumlah sudah terlepas dari tanggungjawab dan setan pulak bisik korang dah gerenti masuk shurga dan orang lain semua masuk neraka wah wah wah meriahya hidup..
WOI! SI HAMPEH!
Merasa AMAN dari azab ALLAH bukanlah tindakan yang betul bagi orang islam, sahabat yang dah jamin masuk shurga siang malam menangis takutkan hari akhirat, korang selamba buat statement declare masuk shurga.. tarik janggut tu karang baru tahu!dah dah dah pergi cari aib sendiri! Kalau tak jumpa aib sendiri korang adalah seorang yang....Hampeh!
KESIMPULAN:-Apabila kita berdakwah dengan cara yang tidak PATUT kita berdakwah yakni bukan cara Nabi SAW… maka kita akan berdakwah dengan cara yang tidak PATUT kita berdakwah...
Dan apabila kita telah buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan!
Demikian! Bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!
Dan apabila kita menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit!!!!
Dan apabila kita bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit maka kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!Naduzubillah,
PATUTKAH begitu?Memang TAK PATUT…!!!
Moralnya, dalam kehidupan ini, (dah letih)
Untuk berjaya di dunia dan di akhirat.. kita kena buat 4 perkara iaitu:-
-Beriman (dengan ucapap kalimah tauhid)
-Kekalkan Iman ( beribadat)
-Tingkatkan Iman (belajar ilmu ugama)
-Buat orang lain beriman.. (berdakwah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan