Dalam hidup ini, semua orang ada dosa, kecuali Nabi yang Matsom.., aku sendiri jugak banyak dosa.. oh… kalau lah malaikat tu jenis makluk yang ada sifat penat, tentu malaikat dah penat tulis dosa aku..isk..
Maka menjadi kewajipan semua orang islam, agar bertaubat sebelum jadi mayat, kerana..
(start bunyi seruling mendayu dayu)
Di setiap dosa semua manusia, Allah telah sediakan keampunan sebelum manusia itu bertaubat lagi, dan Allah akan memberikan keampunan serta merta, sebaik sahaja manusia memintanya…
Tapi, oleh kerana jadi mayat itu datangnya dengan tiba-tiba, maka nak tak nak, kita kena taubat setiap hari...
Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…
Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih telah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum jadi mayat, maka insyAllah keampunan itu akan menjadi milik manusia yang sudah tidak berdosa lagi… amin...
Tapi manusia…
Oh! Manusia, (sambil mengeleng-gelengkan kepala)
Manusia mana yang mengadakan kemaafan sebelum manusia lain menyakiti mereka?
Sehinggakan selepas manusia di sakiti manusia, sama ada jasad atau batin, dan setelah manusia yang menyakiti meminta maaf kepada manusia yang di sakiti, yang di sakiti tidak dapat memberi maaf kepada yang menyakiti, kerana dalam hati yang di sakiti, langung tiada maaf…
Lalu dari lidah manusia yang disakiti itu, terungkaplah kata kata:
“Tiada Maaf bagi mu”
“Pergi Mampos”
“Masuklah kamu dalam Neraka”
Oh!
Jangan begitu kawan…
(seruling berbunyi agak lama.., )
Lalu teringat aku kisah sewaktu Nabi Muhammad s.a.w melihat mayat bapa saudaranya Hamzah r.a dilapah orang kafir, pada mulanya Nabi ingin membalas tapi telah ditegur Allah kerana memaafkan itu lebih baik..
Lalu Nabi telah memaafkan mereka yang membunuh bapa saudaranya dan memaafkan mereka yang melapah mayat bapa saudaranya..
Dan disebalik kemaafan Nabi, disertai bersama doa hidayat..
Lalu di dalam takdir Allah, berimanlah pembunuh dan pelapah bapa saudara Nabi iatu Washi dan Hindun..
Maka, terungkaplah kata kata, “Sedangkan Nabi ampunkan ummat”
Walhal Nabi seorang matsom yang tiada sebarang dosa, namun dalam keadaan matsom sebegitu, Nabi tetap mengharap kebaikkan dari Allah,
Maka itulah tamparan untuk diri kita, supaya maafkanlah kesalahan orang lain, kerana kita bukanlah matsom dan kita adalah makhluk yang banyak sekali berdosa, dan sebagai pendosa, tentu amat sangat memerlukan lebih kebaikkan dari Allah…
Lalu, maafkanlah aku…
Jangan sekali menderita, dan jangan jadikan orang lain juga menderita..
Kerana di setiap penderitaan manusia, juga telah Allah sediakan keampunan, dan Allah akan memberikan keampunan itu, sebaik sahaja manusia sabar dan sangka baik…
Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap penderitaan manusia yang mana sebaik sahaja manusia bersabar dan redha, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…
Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih bukan sahaja menyediakan keampunan, turut bersama keampunan adalah, ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi… serta shurga idaman, yang belum di cemari oleh tangan, belum terlihat oleh mata dan belum terlintas oleh mana mana fikiran...
Sungguh benar, Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang, lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anak...
Buktinya?
Korang yang ada sifat pengasih kepada Isteri, sekali Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai.. atau Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj, garaj runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai..atau isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, dan satu flet telah terbakar, korang marah tapi taklah sampai ‘bergegar tiang arash.’.. atau isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak menyebabkan anak tunggal kesayangan korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan.
Tapi.., jika korang balik kerja, tengok anak semua baik dan bersih, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, tapi korang dapati isteri korang sedang bersetubuh dengan jantan lain.! Memang habis! Terus jahanam rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai...
Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan suami, curang!, memang habis!
Tapi Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.., tak kira apa sahaja dosa kita.. telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…
Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih telah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum jadi mayat, maka insyAllah keampunan itu akan menjadi milik manusia yang sudah tidak berdosa lagi… amin...
Malahan, Di setiap semua dosa manusia, Allah telah sediakan keampunan sebelum manusia bertaubat lagi, dan Allah akan memberikan keampunan serta merta, sebaik sahaja manusia memintanya…
Penyembah batu berhala, pendosa dan ahli maksiat, yang telah menghina Allah sepanjang hidup, yang syirik sejak kecil, namun sebelum ajal datang menyerah diri dan bertaubat..
Maka Allah akan ampunkan dosa mereka, dan ganti dosa mereka dengan pahala lalu memasukkan mereka ke dalam shurga.. walaupun mereka pernah menduakan Allah..
Dosa syrik masih lagi terampun andai sebelum kita jadi mayat, kita kembali beriman kepada Allah...
Sungguh benar, Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang,
Tapi ingat, Allah juga menunaikan janji, dan tiadalah yang Paling berkuasa dalam berjanji selain Allah iaitu andai kamu jadi mayat tapi masih lagi dalam keadaan syirik, maka Allah tidak akan ampun dosa syirik kamu buat selamanya dan kekallah kamu menderita dalam api nereka!
Sebab?
Allah telah berjanji, dan tiadalah yang Paling berkuasa dalam berjanji selain Allah...
Dan sekali lagi,
Allah juga berjanji untuk menutup aib mereka yang menutup aib orang lain..
Dan Allah juga berjanji untuk mengampunkan dosa mereka yang memaafkan kesalahan orang lain..
Maka, maafkan aku wahai kawan, maafkan aku wahai mahkuk tuhan, maafkan sepenuh hatimu...
Dan ingatlah, Jika kita maafkan dosa orang lain, Maka Allah juga akan buka hati orang lain untuk maafkan dosa kita, maka aku maafkan kamu, dan kamu maafkan aku, walaupun aku tidak sempat meminta maaf padamu, kerana kamu sudah menjadi mayat lebih dahulu...
Sekian.
(habis bunyi seruling)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan