Selasa, 9 November 2010


AKU,ABANGKU DAN ADIKKU

Di tengah itu adalah abangku ( Mohd Luqman Hakim), di sebelah kanan pula adalah adik perempuanku ( Siti Nur Hidayah ) dan di sebelah kiri pula adalah aku ( Siti Nur Hafizah ). Abangku merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Semenjak ketiadaan ayahku, keluargaku dibiayai oleh abangku sepenuhnya. Pada ketika itu, beliau merupakan seorang ustaz yang mengajar di PERKIM, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Oleh itu, beliau mengetahui bahawa tanggungjawabnya adalah besar untuk menyara keluarga termasuk 3 orang adik yang masih bersekolah. Aku merasakan bahawa sangat sukar jika membandingkan abangku dengan abang-abang kawanku kerana dia sanggup berkahlin lewat semata-mata demi keluarga terutamanya beliau ingin melihat semua adiknya berjaya.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::Slide Show Memori::::