Sabtu, 6 November 2010

Bagaimana Minta Hutang

(Never trust a Happy Ending story, terutama dari orang yang tak jaga sembahyang....)

Aku pernah pakai seluar askar, pakai baju T shirt jenama pagoda, dan kenakan tali leher macam Avril Lavigne kat tengkuk, lepas tu ambik gitar, dan menyanyi lagu ‘My Happy Ending’ dari awal sampai akhir..,

“So much for my happy ending. Oh oh, oh oh, oh oh...”

Kasihan Arvil Lavigne, orang kafir mana ada happy ending? sebab mereka semua mati masuk neraka… Parti DAP yang berkawan dengan Parti islam PAS juga akan masuk neraka jika mereka mati dalam keadaan kafir..,

“So much for my happy ending. Oh oh, oh oh, oh oh...”

Apa apalah..,

Ok, lupakan keretamayat, arvil lavige, DAP dan happy ending, sekarang masa untuk kita jawab soalan email (hari ini aku rajin-harap maklum)

****
Assalamuialaikum.

Bro, saya seorang yang baru menamatkan pelajaran di sebuah IPTA, dan ada satu masalah yang cukup meresahkan saya, mungkin kerana sifat saya yang mudah percaya dan mudah kasihan pada orang, yang mana kawan2 saya sering berhutang dengan saya, Dari RM10 sehingga ke RM 1000, kalau di kira kira dah dekat RM 5000 jugak kawan2 hutang saya, dulu janji nak bayar sebelum Sem. akhir, sekarang mereka semua dah grad, bila mintak macam macam alasan mereka.., pening kepala saya ni bro.., kalau saya ni jahat macam along, dah lama saya potong jari mereka.., tolong bro, pening nih..!

Bukan Along.

***********

Wailaikumusallam..

Seronok jugak baca email korang di waktu lapang.., ada macam macam hal peristiwa yang berlaku di Malaysia negara yang mana pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan ini.., kalau aku jadi wartawan Akhbar Metro, aku letak masalah kau ni kat muka depan, dengan tajuk : “HUTANG SISWAZAH” dan letak satu gambar pelajar sedih dalam bilik yang kelam, dan kat dalam akhbar, aku interviu penulis blog keretamayat untuk bagi ulasan.. he he.. selesai tugas wartawan akhbar yang paling laris di Malaysia negara yang mana pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan ini.. apa-apalah..

Adik, tak baik potong jari orang.., sebab mengikut hukum hudud, bukan potong jari, tapi potong tangan, sebab mereka ni jugak di kira ‘mencuri’…, (patutlah 'along' potong tangan orang.., dan itu cerita lain..)

Senang cerita beginilah.., untuk memudahkan kehidupan korang di dunia yang fana ini, korang kena faham satu perkara.., atau dalam bahasa sasteranya korang kena ada ‘falsafah’, atau prinsip, atau cogankata, atau falsampah, lantaklah.., iaitu :

"Never trust a Happy Ending story, terutama dari orang yang tak jaga sembahyang...."

Faham tak?

"Jangan percaya cerita yang berakhir dengan Husnul Khatimah, especially from men who always neglected about solat."

Orang tak sembahyang, atau suka solat lengah lengah bagi perempuan, atau suka tinggal solat jemaah bagi lelaki, bila mereka bercerita tentang something about Happy Ending.., please.., JANGAN PERCAYA!

Sebab?
Mereka dengan Tuhan pun sanggup menipu.., apatah lagi korang..

Contoh ringkas cerita happy ending dari mereka..

“Minggu depan, pinjaman aku RM10 ribu akan lulus, bila dah masuk nanti aku belanja kau makan besar.., tapi, boleh tak aku pinjam dulu duit kau RM500?, minggu depan bila pinjaman aku dah masuk, kaulah orang pertama yang aku cari”

Bunyi cerita macam happy ending bukan? Bagilah RM500.., minggu depan kau dah tak ‘jumpa ‘dia lagi..

Contoh lain.
“Ini produk baru, baik kau masuk jadi ahli, bayar RM500 sahaja sebagai modal, lepas tu setiap minggu kau akan dapat RM 1500, cuba kira, sebulan kau boleh dapat RM6000 lebih, kalau setahun kau dah boleh pakai toyota Estima, kau boleh pergi umrah setiap tahun.., malah.. kau boleh tambah isteri..”

Bunyi cerita macam happy ending bukan? Dapat pergi umrah setiap tahun, dapat poligami.., daftarlah RM500..,tengok.., siapa yang pergi umrah tahun ini?, dah tentu bukan kau…

Contoh lain..
“takpe kita berzina sebelum kahwin, I pun nak jadikan u sebagai isteri.., I tak kan cari yang lain.., tahun depan kita kahwin, jomlah kita beramaradana..”

Hampeh!, Ni ramai perempuan yang jadi mangsa sebab asyik tengok cerita hindustan yang happy ending.., lalu serah diri dan serah dada dan akhirnya serah dara pada lelaki yang menjanjikan bahagia konon, lepas dah kena tebuk, baru nak menangis email cik keretamayat mengadu nasib… tak ke hampeh?!

Kesimpulannya.., dari tiga masalah di atas, iaitu masalah hutang tak bayar, berniaga kena tipu dan dipecahkan dara, serta lain lain masalah adalah berpunca kerana korang tak ikut syariat ugama…(maaf, agak boring sikit bagi sesetengan orang)

Jika korang ikut apa yang dah ada dalam Al quran, takdelah korang nak pening pening kepala, bab dara, Allah suruh kahwin dulu, bab berniaga Allah suruh ‘jual- beli barang yang wujud’ dan bab hutang.., Allah suruh tulis hitam putih.. lagipun, percaya kepada makhluk yang boleh bagi korang ‘happy ending’ adalah cabang syirik.., boleh masuk neraka, dan bila korang percaya makhluk boleh bagi korang happy ending, maka tak peliklah korang yang ‘perasan baik’ pun kena tipu..

Aku malas bagi dalil panjang panjang, tapi cukuplah aku lampirkan satu ayat dari Al quran yang mana ayat ini adalah ayat yang terpanjang dalam Al quran dari surah yang terpanjang iaitu Al baqarah, ayat 282 yang berbunyi:-

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Al baqarah, 282)

*******

Jadi, kepada korang yang nak bagi hutang kepada kawan kawan yang susah, jangan lagi bagi pinjam ikut cara orang yang takde ugama, takde tamadun.., iaitu bila kawan datang cerita happy ending dia nak bayar hutang kelak lalu terus korang cucuk duit kat bank dan kasi, tapi last last, korang jugak yang berdosa sebab maki dia hari hari..

Maka, ikutlah Al quran dalam semua urusan korang, bak kata orang PAS, jangan ambik ugama separuh separuh.., berhukumlah ikut islam, (dan aku tambah) memberi hutang juga ikut cara islam..

Jadi senang cerita, korang copy/paste surat yang aku tulis dalam tulisan condong kat bawah, patsekan pada microsoft world, print, photostat dan simpan sebagai panduan..

SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi bagi pihak peminjam dan dua orang saksi dari pihak yang meminjam. Maka kerana Allah surat ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang.

Maka dengan ini saya (Nama Pemberi Hutang:________) telah memberi kepada (Nama Penghutang:___________) dan telah di saksikan oleh:

Nama saksi sebelah pihak Pemberi hutang 1:

Nama saksi sebelah pihak Pemberi hutang 2:

Nama saksi sebelah pihak Penghutang 1:

Nama saksi sebelah pihak Penghutang 2:

dengan Jumlah pinjaman:RM_______, pada; (Tarikh Meminjam:______) dan akan di bayar selewat lewatnya pada: (Tarikh Bayar:___________)

Tandatangan semua saksi.
_________
_________
_________
_________

Sesungguhnya, orang islam yang terbaik adalah yang membaca Al quran, mengamalkan dan menyebarkanya.

Nota: Saksi sebaik baiknya adik beradik atau ibu bapa, lebih bagus orang yang berpengaruh seperti imam masjid, atau driver keretamayat, jika tiada saksi, dua orang sudah memadai..,

*******

Ok, dah habis baca?, silalah copy dan patsekan pada microsoft world, print, photostat dan bagi kepada semua saksi...

Lepas ni InsyAllah, orang yang berhutang akan bayar.., insyAllah..,

Dan jika ada yang banyak songeh (jenis munafik) cakap: alahai RM10 jer hutang, tak kan nak kena tulis..? kau jawab,: ini perintah Allah, kita tak boleh ambik ugama separuh separuh, lalu berhujah macam orang Pas berhujah tentang hukum hudud.., kalau dia nak blah.., biarkan, kita dah buat ikut cara islam, kita bukan takde ugama…, hutang kena tulis!!

Tak bayar masuk neraka!

Penutup:
Adalah menjadi nikmat Allah apabila dalam dunia yang telah ditakdirkan ada orang susah mintak tolong dan ada orang yang senang sedikit yang boleh menolong, maka tiba tiba kita ditakdirkan sebagai penolong kepada yang susah.., alhamdulillah..

Lagipun, orang yang menangguhkan hutang kepada sipenghutang, maka setiap hari dia akan dikira bersedekah sebanyak jumlah hutangnya.., (RM5000 sehari bersedekah sudah si pengirim email kat atas-banyak tu..)

Dan jika mereka mati, akhirat kelak, sebahagian dosa orang yang berhutang akan diberi pada sipemberi hutang, dan juga sebahagian pahala orang yang berhutang akan dapat kat sipemberi hutang.., Alhamdulillah..

Sebenarnya aku berdoa kepada ALLAH agar aku menjadi orang yang sentiasa dapat peluang tolong orang lain, dan aku berdoa agar aku tidak menjadi orang yang selalu meminta pertolongan,

Maka aku jeles bila lihat ada orang yang mampu tolong orang lain dan aku sedih jugak bila tak dapat tolong orang yang mintak tolong.. isk..

Memberi pertolongan kepada orang bukanlah satu beban, sebaliknya adalah antara nikmat yang besar dalam islam.., patutkah kita rasa sedih kerana terpaksa tolong orang lain?, padahal sepatutnya kita kena rasa syukur kerana mintak tolong pada orang lain adalah jauh lebih menyedihkan.. isk..

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.."

Namun.., nak tolong, tetap kena ikut cara islam, maka.., mintak maaflah kepada korang orang Pas yang nak pinjam duit aku RM XXX, tapi aku tak bagi sebab korang cakap lecehlah nak cari 4 orang saksi, alahai.., ugama mana boleh ambik separuh separuh bang.., ni baru bab hutang, belum bab hudud lagi?!

Woha!

Ps: Mungkin hari ni aku tak dapat tolong korang, tapi aku harap satu hari nanti dapat jugak aku tolong korang.., yang mana mungkin satu hari nanti, tayar kereta korang tiba tiba pancit di jalanan dan insyAllah aku akan datang tolong tukar tayar kereta korang yang pecah itu dengan senang hati..

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Terimakasih kerana menulis ini. Saya sedang memikirkan nak memberi hutang kepada seorang kenalan/ kawan/ sahabat tapi tak berapa selesa kerana takut ditipu dan jadi pergaduhan kelak. Selepas membaca ini, saya rasa lega dan akan ambil langkah berjaga-jaga dengan mengikut cara Islam dalam hal ini. Wassalam.

    BalasPadam

:::Slide Show Memori::::