Selasa, 9 November 2010





Inilah adikku yang bongsu iaitu Ahmad Taufiq. Sekarang dia belajar di Maahad Lelaki kota Bharu Kelantan. Harapanku kepadanya sangat tinggi supaya dia boleh mewarisi bakat arwah ayahku iaitu boleh mempelajari al-Quran dengan baik dan boleh bertarannum. Dialah satu-satunya adik lelakiku yang aku sangat sayangi. Oleh itu, keluargaku juga menaruh harapan yang besar agar dia dewasa kelak dapat menjadi seorang yang berguna bukan sekadar kepada dirinya, malah kepada agama, bangsa dan juga negara. Adikku ini sedang menunjukkan bakatnya yang terpendam sebelum ini. Pepatah ada mengatakan :" Pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara".
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::Slide Show Memori::::