Setibanya di rumah, dan sebelum mematikan suis motor Ex5 burukku, bunyi ekzoz motor yang bingit telah menjadi bertambah bingit kerana dari dalam rumah, anak aku dah berteriak sakan sambil menjerit:
“yey-yey, ayah balik, ”
“yey-yey, ayah balik, ”
Sebaik sahaja suis motor di matikan, makin jelas terdengar suara anak-anak di belakang pintu disusuli bunyi tapak kaki mereka yang berebut rebut nak bukak pintu untuk ayah tersayang..
Abang H, anak nombor satu, selaku yang sulung, (5 tahun setengah) mendahului semua adik adiknya dalam operasi membuka pintu untuk ayah tercinta..
Kreeeukk, bunyi daun pintu dikuak dari dalam..Lalu terdengar bunyi si anak nombor tiga menangis, satu satunya anak perempuan aku (buat masa ni ler).. umur baru 2 tahun setengah..
Aku masuk rumah, tutup pintu dan dapati isteri aku sedang senyum dari dapur sambil bersiap siap menghidangkan makan tengah hari.. err, makan petang.
Aku lihat di ruang tamu, anak aku nombor dua, si A, umur 4 tahun, sedang asyik mewarna buku sambil meniarap tak peduli akupun.. macam-macam hal budak-budak ni..
Aku dekati si manja anak perempuanku yang masih menangis, lalu memeluknya dan bertanya, kenapa menangis?
Jawab si anak:
“N nak bukak pintu..”
Oh, aku faham, anak aku ni berebut dengan abangnya tadi nak bukak pintu untuk menyambut ketibaan aku..
Aku lepaskan pelukan, dan pergi keluar rumah, tutup pintu kembali dan bagi salam balik sambil ketuk pintu dan panggil nama anak aku si N ni..
“Assalamulaikum, N ada tak?”
Kreeeukk, lagi sekali bunyi daun pintu dikuak..
Lalu terlihat si N tersenyum. Aku peluk dia dan cium dia, lantas mendukung si baby girl ini ke ruang tamu..
Isteri aku dah siap letak nasi dan lauk dalam dulang besar, anak yang paling sulung si H dah siap sedia tepi talam lalu aku tepuk bahu anak aku si A yang asyik mewarna ajak makan sekali, lantas si A tinggalkan buku mewarnanya dan pergi basuh tangan lalu duduk sama kat tepi talam, kasihan mereka adik beradik sebab dah lama lapar tunggu aku balik dari masjid untuk makan sekali..
Kemudian terdengar doa yang paling makbul iaitu doa makan yang dilantunkan oleh anak sulung si H, lepas tu, makan-makanlah kami 5 beranak..
Baru nak suap makanan, dari dalam bilik, terdenger rengetan si anak yang paling kecil, adik K, (6 bulan) lantas isteri aku masuk ke dalam bilik untuk bagi minum susu dari buah dadanya menyusu.
Sambil makan, si anak sulung yang berumur 5 tahun bertanya:
“Kenapa ayah kena pergi masjid hari hari, solat kat rumah macam bonda tak boleh ke?”
Aku sorang jerlah lelaki terakhir beriman diakhir zaman kononnya, lalu menjawab:
“Ayah adalah ‘baby face’ (orang lelaki dewasa), jadi.., ayah kena solat kat masjid, bonda pulak ‘baby girl’,(orang perempuan) kena solat kat rumah..”
“Ohh, pagi jer tak payah ke masjid
Tanya anak aku lagi..
“apa pulak?, semua kena pergi masjid, subuh, zohor, asar, maghrib, isyak semua kena pergi masjid”
“tadi, saya nampak ayah solat kat rumah pagi tadi”
Woha! Isteri aku gelakkan aku dari dalam bilik.. Aku jugak ketawa pada diri sendiri.., eh, kejap!, kenapa mesti ketawa?
Kenapa mesti ketawa bila diri sendiri bila dah kena Kantoi solat subuh gajah..,?
*****
Imbas kembali:
Pagi tadi, bukan pagi yang biasa, (cover line-sebanarnya malam tadi, bukan malam yang biasa, malam tadi bulan mengambang),
Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya dan malam tadi aku dan isteri telah lena diulit syaitan lalu terlelap tidur dan terjaga jam 6.30 pagi lantas tergesa gesa bangkit dari pembaringan dan terus mandi wajib, (mandi wajib pada waktu pagi dan hujan lebat pulak kat luar memang mujahadah..oh!)
Anak aku yang biasa bangun pagi untuk ke sekolah telah bangun awal seperti biasa dan terlihalah di matanya seorang ayah dan seorang bonda sedang solat 'subuh gajah' pada waktu dah nak hampir jam 7 pagi, lantas anak aku yang berhati kamil menyangka bahawa ayahnya tidak wajib ke masjid sedang aku sebenarnya masih terbabas dengan penyakit wahan sehingga penah gak beberapa kali terkantoi solat subuh, cis, celaka sungguh setan ni, semua nak kena manipulasi balik ni.., nak kena bebaskan hamba nih! oh!
Maka moralnya di sini adalah, terbukti sudah bahawa aku bukanlah lelaki terakhir yang sempurna iman diakhir zaman kerana kejahilan dan kelemahan masih menyelubungi diri yang hina ini, sepatutnya aku, walau macam mana lambatpun bangun pagi, tetap kena pergi ke masjid, kerana sunnah Nabi, ada tiga perkara dalam bab solat..
Pertama, tempat azan di azankan (bagi lelaki terutamanya)
kedua, awal waktu..,
ketiga, solat berjemaah,
Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat, masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka, walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!
Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang makan biskut mayat, atau keretamayat yang nak lupuskan mayat, dan lain-lain, buatlah pakatan rakyat dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat secara berjemaah..
Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..
Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak lihat aku tetapi mengamalkan apa yang aku seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali, beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh beruntung…!
Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah di
Penutup:
Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh! kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu, sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..
Kenapa?
Nak tunjuk pada Allah bahawa perintah Allah itu lebih UTAMA dari semua perkara…, betul tak?
******
Habis tu Hamka, macam mana nak atasi masalah subuh gajah?
Senang sahaja, masalah subuh gajah akan dapat di atasi apabila kita berjaya buat tahajjud gajah!
Whooooooooo (bunyi dari belalai gajah). End.
Ps: Jadi, siapa-siapa yang terbangun lewat subuh esok, jom jumpa aku di masjid, kita solat subuh gajah berjemaah sama-sama, cheh, macam tahu-tahu pulak nak bangun lewat..oh! cis! Hampeh! lain kali, mandi wajib dulu baru tidur! dan sama sama buat TAHAJJUD GAJAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan