Perhatian:- Set soalan ini mengandungi 4 soalan, dua soalan dalam bahasa melayu dan dua soalan dalam bahasa standard Negara penjajahan komenwel, Baca semua soalan dengan teliti, dan jawab semua soalan yang di berikan tidak lebih dari 240 patah perkataan, masa yang di berikan adalah 10 minit.
Soalan satu.
Salam.. hmm..aku nih student medic..study kat oversea..nak citer siket, ade satu hari time dalam klas, adela sorang member aku yang suke menanya soklan-soalan yang melemahkan akidah..die tanye aku, kenape orang Islam takleh makan babi? kenape haram?..aku cakapla sebab babi tuh najis..makan najis..ade kuman..(menggunakan bahase perubatan)..tapi die still cam tak puas ati..sebab orang cine sume makan je..takde pulak penyakit kronik.. siap pandai-pandai lagik katenye..pastu aku dah maleh dah nak argue ngan die..sebab aku tau orang-orang camni mesti nak tanye lagi pastu..and last sekali die mesti nak menang..so aku diam..tapi aku rase cam takpuas hatilaa..tension...tolong aku.
Soalan dua.
Salams Bro, In my everyday life, I have always stumbled upon people saying "Islamic ways are easy". This is usually said when they feel that something that needs to be done is hard for them. How do we know that which is the right thing to do? Is there a way to recognize the wrong doings?
Soalan Tiga
Salam. My friend and I were having a discussion about Bid'ah. According o my friend, if we do something that is good but it was not practised by Rasulullah S.A.W., that is not a bid'ah. I think that is not quite right. The question is… is there a fine line where we can differentiate things that are Bid'ah and things that are not?
Soalan Empat
Bro, aku juga orang terengganu, ganung kita.., aku cadangkan lain kali bro boleh tulis tentang kelebihan orang yang berjanggut, berkopiah dan berserban.., ramai yang tak faham bab ni, harap bro terus rajin menulis.
JAWAPAN.
Aku mintak maaf kepada korang yang telah bersusah payah email aku untuk bertanya soalan-soalan yang berkaitan hidup dan mati, atau soalan berkaitan dunia dan akhirat, tapi aku pula hanya jawab secara carca merba kerana aku selalu perasan sibuk.. Oh! dan ada soalan yang masih belum aku jawab sehingga ke hari ini!.. oh sekali lagi.
Maka entry ini, aku copy/paste beberapa soalan dari email korang yang ada antaranya aku dah jawab, tapi begitu ringkas buat kamu kecewa.., maka aku yang bukan Ustaz ini, cuba jawab sekali lagi dan perlu di beri perhatian.., aku bukan seorang ustaz, setiap persoalan yang di bincangkan dalam blog ini hendaklah di panjangkan kepada pihak yang berwajib.
Balik kepada soalan di atas, kita pergi kepada bab ‘makan babi itu haram’ terlebih dahulu..
********
Sebenarnya dah 1000 tahun lebih ummat islam taat perintah Allah tanpa pedulipun alasan Sains kerana apabila Allah Yang Maha Bijaksana sudah mencipta daya Elektrostatik, dah wujudkan klorofil pada daun, telah mencipta fotosentesis dan Ekosistem, telah mencipta Duodenum dan Pankreas, telah mengawal tekanan atmospehere pada nilai 14.7 psi, telah mengawal perjalanan planet, lalu akhirnya bila Allah cipta Babi dan tak bagi aku makan, maka aku tak akan makan sebab Allah dah larang aku makan, dan aku tak peduli apapun alasan sainsnya!
Aku nak belajar sifat sahabat, iaitu dengar dan taat..,
Kerana “dengar dan taat’ mereka akhirnya dapat jaminan masuk shurga..
Manakala sifat yahudi pula ‘argue, bantah dan tak taat’.., akhirnya di jamin pula masuk neraka.. oh!
Masalah besar manusia adalah bila buruk sangka dengan takdir Alah dan perintah Allah..
Kitapun tak paham apa yang Allah paham…
Contoh bab bersuci, air mani bukan najis, tapi jika keluar kena mandi seluruh tubuh...
Kentut pula adalah najis yang tak dapat di lihat, jika keluar tak perlu mandi seluruh tubuh, dan tak perlu basuhpun tempat keluar, tapi kena ambik wudhu sahaja..
Kalau ikut otak memang tak logic, tapi itulah hukumnya..
Sebenarnya aku tak beberapa suka guna alasan Sains untuk benarkan Perintah Allah sebab jika satu teori sains di gunakan pada suatu zaman yang mana teori itu selari dengan perintah Allah maka berhujjahlah semua orang islam tentang betapa betulnya islam bersandarkan teori sains itu, tapi andai kata seratus tahun kemudian ada pula teori sains yang membatalkan teori sebelum ini, maka orang tak akan salahkan teori sebelum ini, tapi orang akan salahkan Perintah Allah pula.., sebab tu aku rasa Nabi bila berdakwah tak guna hujjah sains.., bukan aku kata korang salah bila berhujjah guna alasan sains, tapi mungkin sebab aku bukan ahli sains maka aku jarang guna dan tak beberapa suka untuk guna alasan sains dalam ‘berdakwah’…
Kesimpulannya:-
Orang yang suka hisap rokok, suka minum arak dan suka makan babi, cakap apapun mereka akan tetap dengan pendirian mereka…, iaitu hisap rokok best, minum arak best, dan makan babi best.., apa lagi nak di kata?
Cuma dari segi perubatan, cuba ambik contoh mayat yang makan babi dan mayat yang tak makan babi. Selepas beberapa waktu cuba buat kajian, mayat siapa yang lebih cepat reput dan busuk?..
Boleh juga buat kajian kepada kesan kandungan peluh orang yang makan babi.. apa terkandung di dalamnya dan apa kesannya pada dunia?
Atau buat ujikaji keatas pemakan babi tegar dan petidakmakan babi, suntik mereka dengan virus JE, kemudian suntik mereka dengan IMUN JE, lihat hasilnya.., buat ujikaji pada suhu bilik, bandingkan ujikaji pada bawah tahap beku, dan kalau boleh hantar Angkasawan ke Soyuz dan buat ujikaji pada tahap gravity sifar selama 72 jam, lalu tengok hasilnya..
Aku tak tahu apa jawapannya dan apa alasan sainsnya, sebab kau munking expert bahagian ni, acu cuba try test sahaja.., dan aku hanya cadangkan, he he he..
Walau bagaimanapun, apapun hasilnya ujian kelak, sama ada positif atau negative. Sama ada babi best atau tak best...
Aku tetap tak makan babi, ok?!
; )
********
Baiklah, kita pergi kepada soalan nombor dua yang bertanya about Islamic ways are easy?
And Let me explain about Islamic ways are easy in malay language….
Maksud ugama mudah di sini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika takut dan malu nak berdakwah depan orang lalu bukak blog so called Islamic, jika tak nak ikut Sunnah boleh ikut Bidaah.., bukan! Bukan dan bukan!!!
Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau burgok.., semua boleh amal ugama!
Malahan ‘Islamic ways is easy than riding a bicycle!’
Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Nak naik basikal kena ada kaki, kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena bukak, rantai kena letak minyak dan lain lain.., sedangkan untuk amal ugama, takde kakipun takpe, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..
Begitu juga bab-bab lain dalam hidup,, Nabi tak beli kereta bayar muka RM 10 ribu dan bayar bulan-bulan RM 800 serta simpan RM1500 setahun untuk Road Tax dan Insurance.., tapi Nabi jalan kaki sahaja.., kan mudah tu?
Nabi juga bila nak makan, Nabi makan guna tangan tak guna sudu, Nabi makan duduk tak guna kerusi meja, kan mudah tu? Orang miskin pun boleh ikut sunnah.., Nabi kahwin dengan maskahwin yang murah, Nabi pakai baju yang murah, Nabi makan makanan murah dan lain lain, itukan mudah?
Maka janganlah mudahkan IBADAT ikut nafsu kita.., bab ibadat tetap kena MUJAHADAH macam Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA buat…, kena pergi solat jemaah, kena dajwah dari hati ke hati dan lain-lain, baru boleh capai tahap seperti mereka, dan selain dari cara Nabi dan sahabat yang di mudahkan dalam beribadat adalah bidaah!! Dan bidaah itu sesat! Boleh bawa masuk neraka…
Faham?
**************
Next, soalan ke tiga, bertanya dalam bahasa standard Negara pejajahan komenwel lalu aku jawab ikut standard bahasa bangsa yang di jajah selama 446 tahun…, kau tanya apa itu bidaah?
Aku dah tulis panjang bab ni dulu walaupun agak carca merba di sini, secara ringkasnya..
Apa yang Nabi Muhammad SAW tak buat itu bidaah, tapi jika sahabat Nabi ada buat itu termasuk dalam “Sunnah wal jamaah" dan ini melibatkan bebrapa perkara teras iaitu, Tauhid, Ibadat, Taklim, Akhlak, Niat dan Dakwah..
Dalam bab keperluan dunia, masih ada ruang untuk di bahaskan sejauh mana Bidaah itu di benarkan.., seperti pergi sekolah naik bas, guna speaker untuk azan, pasang karpet di masjid, beli Hand Phone, atau lancarkan bom nuclear.., dan itu cerita lain.
Secara mudahnya, ada beberapa pendapat tentang Bidaah...
Kata ustaz yang ‘melonggarkan’ bidaah, katanya kita masih boleh nak buat ‘bidaah’ jika dah tak de peluang nak buat sunnah, kes darurat.., sama macam kes makan babi dalam hutan bila takde makanan.., tapi bila dah ada peluang, kenalah tinggalkan bidaah dan kembali kepada sunnah yang asal.. masuk kategori wajib..
Pendapat lain pula berkata yang aku petik dari Buznama, bidaah ni macam kahwin lebih dari satu, iaitu tak salah kahwin ramai tapi jangan lupa bini nombor satu.., tak apalah korang nak berarak sempena Maulidul Rasul misalnya, tapi jangan lupa Solat berjemaah, berdakwah dan yang semakna dengannya.., pendek kata.. ada ruang yang mana tak salah korang nak buat "bidaah hasanah" tapi jangan tinggal Sunnah yang asal…
Bagi aku pula yang bukan ustaz ini pula berpendapat, Bidaah itu macam dadah dalam ubat, ada unsur ‘darurat’.., orang sakit boleh makan, tapi dalam kuantiti yang di benarkan.., makan ‘dadah’ supaya cepat sembuh.., ini bermakna, kita tak halang mereka yang buat bidaah, malahan akan terus galakkan mereka sehingga ‘sembuh’..
Contoh orang malas zikir, bila ada tahlil, berzikirlah dia, bagus untuk dia walaupun tahlil itu bidaah, atau orang yang malas baca quran, bila malam jumaat baca yassin, bagus untuk dia walaupun BACA QURAN MALAM JUMAAT SAHAJA itu bidaah..
Dan untuk sembuhkan mereka, kita kena IQRAM BIDAAH HASANAH mereka, sehingga mereka selesa dengan kita, dan bila mereka dah sembuh (faham), maka akhirnya, mereka sendiri yang akan tinggalkan BIDAAH HASANAH tersebut, dan kembali kepada sunnah yang asal, iaitu tidak lagi berzikir hanya pada waktyu TAHLIL sahaja, tapi tetap istiqamah berzikir pada waktu pagi dan petang, tidak lagi baca YASSIN hanya pada malam jummat, tapi setiap pagi baca YASSIN... dan tidak lagi berdakwah melalui BLOG sahaja, malahan lapangkan masa untuk terjun dalam masyarakat..
Jadi jika korang nampak aku pergi majlis TAHLIL., atau ternampak kelibat aku baca YASSIN malam Jummaat bersama orang kampong.., jangan pelik.., aku sedang IQRAM mereka.., bila TAHLIL, aku guna waktu tu untuk QOTHO Zikir harian aku yang terlepas (oh..).., bila orang Baca YASSIN, aku senyap-senyap baca AL-MULK dan AL SEJADAH…
Begitu lebih kurang…
**************
OK, last question, soalan dari negeri Idris Josoh Darul Iman, bukan soalan, tapi lebih kepada arahan..
Baiklah, Kata kunci untuk ‘soalan’ kamu adalah, orang islam di larang menyerupai orang kafir, dan islam telah ada imej yang tersendiri..
Biasa bagi perempuan imejnya adalah bertudung dan sopan.., dan bagi lelaki adalah tutup kepala dengan kopiah, songkok atau serban, memendekkan misai dan memanjangkan janggut., lagi bagus jika dalam poket ada kayu sugi dan minyak wangi.
Ada riwayat mengatakan jika kita menyerupai orang kafir dengan sengaja, maka kita akan di bangkitkan bersama mereka di akhirat kelak yang bermaksud nasib mereka dan kita akan jadi sama.. oh!
Kemudian timbulah cerita bahawa orang perempuan jika pakai tudungpun kena rogol jugak, atau cerita orang lelaki nampak hodoh bila berjanggut, nampak tak hensem..
Aku malas nak ulas bab ni, dah panjang diperdebatkan oleh ustaz dan ulamak…
Manakala kehendak hati kamu agar aku bercerita tentang fahdilat di atas mengikiut hadith, aku tak tulis kot, baik korang pergi beli buku kat kedai, dah banyak yang Maulana tulis bab ni.. harga pun tak mahal, tak sampai RM 10..
Apa-papaun, Aku akan cerita sedikit kelebihan umum bagi orang islam yang tidak meniru orang kafir, dan ini bukan hadith, just pendapat aku semata-mata, mungkin tak betul sangat... dan agak merepek..
Kelebihan Lelaki berkopiah.
Cuba bayangkan pada suatu hari ketika korang berjalan di Bandar dengan rakan-rakan, tiba tiba muncul watak utama dalam masyarakat yang korang kenal dia tapi dia tak kenal korang sorang, sebaliknya dia kenal kawan kawan korang yang lain.
Dia pun terus bersalam dengan kawan-kawan korang kerana dia kenal kawan korang, dan bila dah salam punya salam sampai giliran korang, maka korangpun dengan konfident hulur tangan siap muka tersengih tapi dia secara tiba tiba terlepas pandang atau tersengaja tak salam dengan korang seorang, sebaliknya dia terus borak dengan kawan-kawan yang lain..
Dan korangpun rasa macam bapak kabing hitam yang nampak telor punya kemaluan.., rasa nak menyorok sebab mengikut deria ke enam korang, semua penduduk Bandar hari tu sedang lihat watak utama yang tak nak bersalam dengan korang yang bertindak sebagai watak sampingan dalam adegan tersebut..
Korang terus pegun macam mayat hantu cina..
Apa korang nak buat?.
Tangan kanan sudah terhulur dan berada dalam posisi nak bersalam, tapi takde orang kat depan..
Apa yang patut korang buat?
Jangan bimbang, korang yang berkopiah atau bersongkok akan selamat hari ini daripada di malukan, maka korang terus cepat-cepat gunakan tangan kiri yang tak berbuat apa-apa itu untuk longgarkan kopiah di kepala, biar kopiah itu berada di posisi longgar nak jatuh.
Lepas tu korang bongkokkan kepala macam rukuk yang mana kopiah akan terus jatuh dan dengan sepantas kilat tangan kanan (yang bersendirian tanpa aktiviti tadi iaitu berada dalam posisi terjulur nak bersalam), digunakan untuk menyambut atau menyambar kopiah yang jatuh itu..
Bila jatuh dan sudah sambut, terus pakaikan kopiah tadi ke kepala korang dengan tangan kanan dan betulkan sedikit dengan penuh bergaya. Nescaya jika adalah makluk yang melihat peristiwa tadi tentu tak akan syak apa-apa dan korang telah selamat daripada di malukan!
Apa lagi nak di kata? Selamat mencuba!
Woha!
Kelebihan Lelaki berserban.
Ini lagi satu kes, Walaupun tiada termaktub dalam rang undang-undang JPJ, atau dalam kontrak sosial, tapi hakikatnya lelaki berserban ‘boleh’ bawak motor tanpa pakai helmet, polis buat tak tahu sahaja.., wah!! Ini sudah bagus.., sudah jimat RM50, dan tak perlu bimbang Halmet hilang serta tak payah lagi nak kena marah dekat Pakcik Jaga bila bawak masuk halmet dalam bank.., bukankah itu kelebihan? dan mengejutkan juga, setakat ini aku tak pernah jumpa lelaki berserban yang mengalami kemalangan motorsikal!
Tapi jika dah di takdirkan kemalangan, kain serban boleh buat barut luka untuk first adder, dan jika terus mati kat tempat kejadian, tak payah lagi tutup dengan surat khabar.., terus tutup dengan kain serban..
Nampak macam mati syahid bukan?
: )
Kelebihan Lelaki berjanggut..
Akhir sekali, Banyangkan jika Tsunami besar datang melanda kat Bandar yang korang berada, dari kedai Cybercafe yang musnah di dapati korang sudah mati bersama beribu ribu mayat yang lain..
Dah seminggu baru bantuan datang, tengok mayat bertimbun di sini sana, ada mayat orang kafir dan ada mayat orang islam, busuk usah cakap..,.tapi sebab masa terhad dan tenaga bantuan sikit, maka susah nak kenal pasti mayat orang islam dan bukan islam, sebab jika mayat orang kafir - senang, boleh tanam begitu sahaja atau di bakar sahaja mengikut ugama masing masing.
Tapi bila mayat orang islam ada adab dia, kena mandi, kena kafan, solat jenazah dan tanam serta doa.
Oleh sebab dah banyak mayat, maka aku cadangkan ambik mayat wanita bertudung dan mayat lelaki berjanggut dulu, kita mandikan dan buat solat jenazah, yang lain-lain tu kita tengok keadaan, ada masa kita check IC mereka…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan