Sabtu, 6 November 2010

Apa Itu Bid'ah

(Straight to the point)

Apabila Gubra buat cerita ‘dua dalam satu’, aku pun mengada2 nak cerita ‘ dua surat dalam satu jawapan…’

Surat satu:

AsSalam'alykum..
owh~wehr..ak terbaca surat2 utk anak kao dalam blog kao..

1.ayah ambil Adha dan Azan…dalam bilik panjang tu

2.Lepas tu Ayah azan..sama waktu dengan azan zohor

tahukah anda perbuatan azan utk anak yg baru lahir TIADA dalam SUNNAH
nabi..

member aku buat Masters dlm usuluddin..buat research pasai ni..
tapi aku x tau plak ape hukumnya kalo buat..
BID'AH la kut..

aku ada bace paperwork die..kalo ade soft copy aku send kat KO..
cube2la ko try tanye kat ustaz2 ko..

sekian terima kasih..

Surat dua:

salaam 'alaik..
eyh.. nta punye blog bagus laa.. jarang jumpe blog mcm nie.. teruskan usaha nta.. ana nk tanye skit pendapat.. ape komen tentang penyanyi nasyid? sekadar nak popular ataupun nk sampaikan dakwah? ramai jugak kawan2 ana complain nasyid nie nyanyi lagu jiwang2.. erm..

p/s: ana bukannye minat nasyid pun.. sekadar ingin mendengar pendapat nta..

Jawapan (yg tak macam jawapan…oh..)

Antara perkara yg membuatkan org masuk neraka adalah: ingkar dengan Allah atau dengan bahasa yg selalu kita dengar : SYIRIK!

Lepas tu, siapa pulak yg masuk neraka?
sudah tentu org yg derhaka pada Rasul dan Nabi..atau dengan bahasa yg biasa kita dengar: BIDAAH…!

Apa itu syirik?
Syirik adalah yakin selain Allah pun ada kuasa..menyekutukan Allah..

Apa itu bidaah?
BIdaah adalah pembaharuan dalam ugama..Nabi tak buat..tapi korang pandai2 buat..yg kononnya agama menjadi maju dek penambahan korang yg baru tuh…!

Apa akibat org yg buat bidaah?:

Selamba cakap; masuk neraka!(ya Allah, selamatkanlah kami…)

Maka akan timbul soalan2:

-Nabi tak naik keta, mengapa ada ustaz naik kereta.?

-Tahlil bagus..boleh buat org berzikir.

-Baca Yassin malam jumaat ok, apa! Umat sekarang dah sibut sangat..bila lagi nak ngaji?

-Nasyid ok apa. I selalu menangis bila dengar lagu nashid…

-berarak berjalan kaki sambil selawat sempena maulud rassul-salah ke?

-marhaban di astro kan bagus…

Bla bla bla bla (aku kata:no kemen)

Di nasihatkan korang membaca post : “Apa itu sunnah?” sebelum meneruskan pembacaan artikel ini bagi menambahkan ‘aroma’ kefahaman korang…(cheh!, gaya seorang blogger yg perasan dan sombong lalu mengarahkan pembaca2 blognya yg sibuk dgn urusan peribadi, pergi baca post lalu… cis!)

Di nasihatkan juga, oleh kerana penulis bukan ustaz, korang boleh masuk tandas dan tarik pam tandas:, apa2 yg korang tak berkenan!

Aku tak nak letak hukum dan keluarkan fatwa yg mana satu bidaah, yg mana satu tidak..aku nak cerita apa yg aku paham tentang bidaah..kalau ada salah.TOLONG ‘jolokk’an.(please…ajarlah aku agar tidak menyesal di akhirat kelak..).aku budak baru belajar nak jadi baik…belajar menjadi ‘kool’ di pandangan mata org kapir…supaya bila org kapir lihat org islam yg begitu ‘kool’..maka berbondong2lah mereka dtg pada islam..tapi sayang la ni org kapir pandang islam serendah-rendahnya..sehina-hinanya…oh…Member aku cerita..satu hari dia tengah telepon kat public phone ..tiba tiba datang org kapir yg sangat ‘suka’ kat dia..(tak kenalpun) org kapir tu cakap..member aku ni begitu ‘kool’…dan nak ajak berborak2..lepas berborak2 hampir setengah hari..org kapir ni terus masuk islam..argh..lain kali aku cerita pasal mu’alaf nie..kita cerita pasal bidaah dulu…

Andaikan bangunan KLCC runtuh...lalu kerajaan Malaysia perintahkan korang selaku Menteri Besar waktu tu.. buat balik bangunan KLCC sama ‘sebijik’ macam asal…pening jugak kepala korang sebab pekerja asal dari Bangla dan indon yg bina bangunan tu dah balik kampong diorang..lepas tu arkitek pulak dah jadi mayat/mati(contoh ajer..)…so camne nak buat?

Tak susah pun, yg penting ada ‘drawing’ yg asal..just follow drawing maka bangunan KLCC yg sama akan dapat di dirikan walaupun guna pekerja asing yg baru..dari Burma atau Pnom pheh barangkali…

Begitu jugak ugama islam yg telah ‘runtuh’ ini..begitu dahsyat..masjid kosong perkara biasa..org perempuan islam kat rumah pakai baju ‘mak’ kat luar pakai baju ‘adik’..pusat dan pandai pakai subang bla bla bla bla ..apa nak buat?..Nabi dah wafat..sahabat juga dah wafat 1400 tahun yg dulu…

Tak susah pun, bukankah Nabi s.a.w tinggalkan Al Quran dan hadith yg bertindak sebagai ‘drawing/manual’ yg ‘asal’…maka jika korang follow ikut drawing yg asal, maka ugama akan kembali ‘bangun’, akan kembali cemerlang, gemilang!..walaupun korang adalah org melayu, bukan org arab…CUMA YG JADI MASALAH bila korang nak buat PEMBAHARUAN…BIDAAH! Maka confirm ugama yg asal takkan dpt terbina!..

Macam KLCC tu jugak..bila korang buat perubahan dari struktur atau lain2,,memang tak jadi KLCC lagilah..tak jadi macam twin tower ..tapi jadi macam batu nissan kubur pulak.! Huh! Meradanglah PM waktu tuh kat MB dia..oh..!

Untuk maju dalam urusan dunia: kena pandang ke’hadapan’..
Untuk maju dalam urusan ugama: kena pandang ke’belakang’..

(Do you know what I mean?)

Maka memang tak boleh buat pembaharun pun dlm ugama! Kalau korang buat jugak, korang telah mengHINA ALLAH dan RASUl..

Seolah2 , apabila Allah dan Rasul keluarkan kenyataan ugama already completed ..korang declare dengan buat modification or renovation ..yg konon2nya bagus untuk ugama! Macam bagus…Engkau SAPA HA? !

Ugama islam dah complete, jangan buat jadi complicated!

Sehingga Allah Murka,

Sehingga Nabi halau kat padang mahsyar..

Sehingga ada yg murtad sebab amalan org islam yg pelik2..

Sehingga org kapir pandang rendah kat korang!

Untuk bagi faham lagi tentang bidaah nie..biarlah setan yg terangkan pulak..

*Setan kata:
Aku bengang betullah dengan manusia nie, bila dia buat dosa macamana banyakpun, pasti Allah akan ampunkan dosa mereka yg bertaubat…lalu aku fikir macamana nak buat manusia ni supaya tak bertaubat…akhirnya aku dah jumpa caranya, iaitu hasut manusia supaya buat amalan bidaah, yg mana manusia sangka amalan bidaah itu ibadat..maka bila manusia telah anggap itu ibadat, maka mereka tidak akan bertaubat selama-lamanya.!bila tak bertaubat..dah tentu masuk neraka!

*(dari hadith..lebih kurang maksud…)

Huh! Sekarang

siapa yg nak bertaubat solat jemaah kat rumah bersama isteri?

Siapa yg nak bertaubat berdaqwah melalui nashid?

Siapa yg nak bertaubat solat lengah2!

Siapa yg nak bertaubat bergaul dengan bukan muhrin?

Siapa yg nak bertaubat kencing berdiri!

Siapa yg nak bertaubat minum air ngan tangan kiri?

Siapa? Siapa?

(AKU……..!)

Ada org yg taat perintah Allah tapi tak ikut cara Nabi, dia ikut nafsu..

Cth: balik kerja korang rasa penat..nafsu suruh rehat..tiba2 dengar azan..korang ikut nafsu…korang rehat dulu…sat lagi korang sembahyanglah..oh..bertaubatkah..kerana itu adalah bidaah! Kerana korang taat perintah Allah tapi cara nafsu kou..bukan cara Nabi…

Kalau korang tak buat bidaah pun..sebaik sajer lepas solat berjemaah kat masjid..Nabi still suruh kita istigfar, kerana takut2 manalah tahu ada salah sana-sini..itu yg dah betul confirm sunnah punya amalan still kena bertaubat, takut ada yg tak betul…apatah Kalau yg bidaah! lagi2;lah kena TAUBAT!

TAHU BUAT, TAHULAH TAUBAT!

mamat kata: tapi Hamka, ada gak bidaah yg baik..macam bidaah ‘hasanah..’

Memang ada bidaah yg baik, tapi bidaah tu di buat tanpa korang rasa yakin dapat menambahkan kemajuan pada ugama…cth: pasang lampu/kipas ngan karpet kat masjid..memang nabi tak buat…dalm masjid takde pun takpe..dan kalau korang buat,,bagus..sebab bagi keselesaan pada ahli jemaah…tapi la ni masjid semua ada kipas dan karpet..tapi still kosong gak..kenapa? kerana org datang ke masjid bukan sebab ada kipas dan karpet..sebab iman diorang lemah!

Org pergi ke masjid bukan sebab ada speaker ..karpet, kipas dan sebagainya..tapi kerana hatinya yg telah di ‘takluk’ oleh masjid…

Jadi bila korang pasang kipas dan karpet..no problem! Korang dpt pahala,,tapi jangan korang fakir..OH DENGAN PASANG KIPAS DAN KARPERT..UGAMA akan meningkat! Jangan hina Allah dan Rasul dengan sesuatu yg baru dari kepala hotak hang…!

SAtu org alim bagitahu bahawa bidaah hasanah adalah perkara 2 yg berkaitan dengan dunia yg memang nabi tak buat seperti teknik menanam betik, teknik memancing, teknik kahwin pokok, cara2 memetik kurma, cari rezeki…bla bla bla bla..lantak korang, sebab tak kena mengena dengan ugama, janji tak langgar hukum syarak. Kerana itu ada Satu hadith lebih kurang maksud; “kamu lebih mengetahui dunia kamu’…

Kerana itulah bila sahabat bertanya pada Nabi tentang hal ehwal dunia ..Nabi cakap tak tahu dan nabi tak komplen apa yg sahabat buat…tapi bila bab ugama..Nabi sangat tegas! Dan Nabi mencela org yg membuat pembaharuan dalam ugama…
Orang yg membuat pembaharuan dlm ugama adalah org yg tak taat!

Agama ni taat! Buat setakat yg disuruh buat!

Nabi perintahkan sorang sahabat pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YG DI SURUH BUAT. Maka dia tak jadi bunuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam.(rujuk ustaz-aku sendiri yg kena rujuk dulu, oh)sekian.

Lantaran itulah, seorang khalifah islam berkata dengan lebih kurang maksud:

“sekiranya di zaman Nabi org bayar zakat unta termasuk tali pengikat unta, di zaman aku siapa yg bayar zakat unta tanpa tali pengikat unta, maka akan aku perang org itu!...aku tidak mahu sebarang pembaharuan dalam ugama berlaku di zamanku…”

Mamat kata: eh hamka, amalan yg kau kata bidaah ni, dah lama di buat oleh nenek moyang kita, apa cerita? Takkanlah mereka masuk neraka!

Aku kata: samalah macam zaman Nabi dulu..bila Nabi cakap Tuhan satu..Abu Jahal bilang; eh..nenek moyang kita dah lama sembah 313, tuhan..bla bla bla bla bla

Nota: nak ikut nenek moyang ke, nak ikut Nabi?

Iklan:

Oh…aku hanyalah di ibaratkan seorang ‘peninju’ yg ‘menyerang’ korang dengan hebatnya, tetapi sekiranya ada peluang untuk ‘menyerang balas’ atau bila kelemahan aku terdedah, tolonglah serang aku balik, serang ditempat kelamahanku , iaitu pusat, tengkuk, buah pinggang dan kemaluan..ajarlah aku agar aku tidak menjadi ‘peninju yg sombong’!...

Sambung balik:

Tapi ada gak pendapat yg benarkan bidaah2 ini… tapi tertakluk pada terma dan syarat…
Satu contoh..engkau dah kahwin dengan si linanilza..tiba2 kau jatuh cinta pulak dengan aishah…tak salahpun kalau kau kahwin ngan aishah..yg salah kalau kau ceraikan/abaikan linanilza..paham!

Begitu jugak..ugama..Nabi dah ajar solat jemaah kat masjid dan kau pulak nak solat jemaah kat rumah ngan anak bini..tak salah.! Dengan syarat kau dah solat jemaah kat masjid..yg salahnya kau pergi tinggal solat jemaah kat masjid dan solat ngan anak bini kau kat rumah..ha itulah bidaah!

Engkau declare sebagai pendaqwah melalui blog, itu kubur punya pasallah, tapi jangan pulak kau tinggal Daqwah cara Nabi ajar kita..mengerti?!

Engkau nak berdaqwah melalui nashid? Berdaqwahlah..lantak kaulah..tapi jangan tinggal daqwah cara nabi, bagaimana daqwah cara nabi? ha! Pergilah belajar ngan ustaz!..Takdenye Nabi dan ulama’ yg berdaqwah ngan lagu cam kaou!..

Saya berdaqwah ngan ikhlas..belilah yg original…

Ha ha ha…surah yassin cakap: “ikutlah org yg tidak meminta upah pada kamu’..lebih kurang maksud..ayat berapa aku tak ingat..oh jahilnya aku…

Engkau nak baca blog aku hari2 sebab korang rasa insaf..bacalah! tapi jangan sampai tinggal baca AL-quran dan hadith hari2…kalau begitu aku kena mintak ampun ngan Allah sebab dah buat korang berpaling..oh..tidak..aku tahu pembaca blog aku bijak-bijak belaka!

Tapi hamka, walaupun bidaah..tapi saya rasa insaf..macam nashid..saya dengar sampai nangis..saya ingat, lepas habis belajar nanti..saya nak jadi penyayi nashid pulak..supaya org lain pun insaf dengar lagu saya…

Aku kata: tak semestinya apa yg buat kau insaf tu baik….kalau kau insaf melihat mayat bergelimpangan di jalan raya…kenapa engkau tak jadi mayat yg bergelimpanagn di pembahagi jalan raya jugak supaya org lain insaf…OH!

Ingat..buat daqwah ni jangan niat nak betulkan org! dulu Allah tegur Nabi yg agak kecewa bila bapa saudaranya enggan masuk islam…Allah bagitahu, bahawa:, daqwah kerja kamu, tapi hidayat adalah kerja Allah!

Kejayaan daqwah bukan org ikut kita,
Kejayaan daqwah bila kita berjaya amal apa yg kita sampaikan…

Sebab tu ada Nabi yg sikit sajer pengikutnyer …Nabi Nuh misalnya, daqwah 950 tahun..yg ikut tak sampai seratus..NO problem..Nabi Nuh tetep berjaya di sisi Allah kerana daqwah adalah kuality bukan kuantity!
Buatlah daqwah cara Nabi, buat dan buat lagi, dan lagi..(jangan berhenti-istiqamah.)

Kalau org tanya:
“sampai bila nak daqwah2 nie?”
korang cakaplah: “sampai mati, tapi… bila mati? Besok? Kalau aku mati besok, sampai besok sajelah! Ha ha ha!

Org yg buat daqwah dengan niat org tu ikut kita akan dapat dua perkara:
1. marah
2. putus asa.

Moral: buatlah daqwah kerana itu adalah perintah Allah, daqwah kerja kita, hidayat kerja Allah, tapi ingat antara syarat amalan kita di terima, pertama ikhlas, kedua: cara Nabi…amalan bidaah walau camne ikhlaspun kena tolak..contoh, korang ikhlas nak makan daging itik..tapi korang rendam itik tu dalam air) sampai mampus…memang haramlah sebab korang makan bangkai.. (bidaah, bukan cara Nabi ) atau cam korang gi cium bini org ngan ikhlas,,,mampuslah korang kena tampar ngan suami dia…lepas tu mati masuk pulak dlm neraka berpimpingan tangan dengan firaun! Nauzubillah….

Seorang budak ‘U’ mana ntah yg bernama ‘kiran’(nama sebenar) practical kat tempat aku kerja..marah2 aku bila aku tak setuju ngan berdaqwah melalui nashid…

Dia cakap: en, hamka..kat Indonesia ada org berdaqwah melalui wayang kulit tau!..boleh apa berdaqwah dengan nashid…

Aku kata: lantak engkaulah..sekarang ni dah nak zohor..lagu apa kau nak suruh aku nyanyi supaya kau boleh ikut aku gi solat kat surau?

Kiran: er,,kau pergilah dulu..aku kena makan dulu, kalau tak solat tak khusuk!..

Aku kata (dlm hati) : oh..umat sungguh menderita sekarang..termasuk aku….

Moral: jika korang nak buat sesuatu yg Nabi tak buat..pastikan ianya takde kaitan ngan ugama, ..

Dan bila korang nak buat yg sunnah pulak..pastikan ikhlas..sebab macamana sunnahpun korang buat, kalau tak ikhlas…pun tak diterima…nauzubillah….

Apa itu ikhlas? Pergilah rujuk ustaz…aku pun.…

JIKA KAMU MENYANGKA ADA MUSUH YANG LEBIH HEBAT DARI DIRIMU SENDIRI, MAKA KAMU BELUM MENGENAL DIRIMU SENDIRI…

DAN JIKA KAMU MENYANGKAN ADA PERLINDUNGAN YANG LEBIH HEBAT DARI ALLAH, MAKA KAMU BELUM MENGENAL ALLAH….

Moral: JANGAN PANDAI 2 NAK TAMBAH 2 AMALAN DALAM UGAMA ISLAM YG SUDAH SEMPURNA NIE….

PS: KALAU TAK PANDAI ORANG PANGGIL BODOH DAN TAK BAGI BUAT KERJA,
KALAU DAH PANDAI ORANG BAGI BUAT SEMUA KERJA
HAAAAAAAAA! ITULAH PANDAIIIIIIII SANGAAAAAAAT!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::Slide Show Memori::::